PROSES
“ADMISSION”
- Proses Kemasukan Hospital Panel dengan Medical Card PruBSN
- Sekiranya anda sakit atau cedera dan didapati perlu
merujuk doktor pakar dan dimasukkan ke wad, rujuk prosedur berikut untuk
kemasukan ke wad menggunakan 'Medical Card' PruBSN:
a. Terus ke hospital panel (rujuk hospital panel yang
terkini) dan kemukakan Medical Card PruBSN Takaful di 'admission suite' untuk pendaftaran pesakit.
b. Tunggu proses kelulusan jaminan daripada PruBSN
berdasarkan laporan pengesahan benar-masuk oleh doktor hospital panel.
c. Terdapat sesetengah hospital panel memerlukan anda
membuat bayaran DEPOSIT yang minima (sekitar RM200-RM500)
d.
Pemegang polisi PruBSN dimasukkan ke wad dan
menerima rawatan.
e.
Setelah pulih dan semasa dibenarkan pulang,
hospital akan menguruskan tuntutan bil rawatan secara online kepada
pihak PruBSN
f.
PruBSN pemegang polisi menandatangani bil akhir
selepas mendapat pengesahan jaminan oleh PruBSN.
g. Pemegang polisi menerima baki deposit atau membayar
caj lebihan cthnya: co-takaful atau lain-lain caj
perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan rawatan seperti suratkhabar,
perkhidmatan telefon dan sebagainya (jika
ada).
h. Dalam masa 4 minggu, pemegang polisi akan menerima Manfaat
Elaun Hospital Harian dalam bentuk cek sekiranya bermalam di wad melebihi 6
jam. Cthnya: Sekiranya anda mengambil
elaun hospital harian sebanyak RM200 sehari dan anda telah bermalam di wad
selama 5 hari, anda akan di bayar sebanyak RM1,000. Manfaat lain yang berkaitan
adalah Elaun Cuti Sakit (jika tidak dapat bekerja akibat cedera kemalangan),
Elaun Pembedahan (jika terdapat prosedur pembedahan).
NOTA PENTING:
Peserta
tidak perlu mengisi apa-apa borang tuntutan jika menggunakan Medical Card, di
hospital panel kerana urusan tuntutan akan dibuat oleh pihak hospital panel
sendiri. Walaubagaimanapun, untuk bil sebarang rawatan 'out-patient' yang
berkaitan hendaklah di bayar dahulu dan membuat tuntutan kemudian kembali -
rujuk ejen untuk info lanjut.
- Kemasukan Hospital Menggunakan 'Guarantee Letter' Majikan
-
Jika anda pemegang Medical Card PruBSN tetapi ingin
bil perubatan anda ditanggung oleh majikan, maka anda juga layak
menerima pelbagai elaun-elaun penghospitalan PruBSN seperti di
atas. Hanya kemukakan 3 butir berikut kepada pihak PruBSN untuk proses
tuntutan:
i.
Salinan resit terperinci bil hospital yang dibayar
oleh majikan
ii.
Laporan Perubatan Doktor (diisi oleh doktor merawat
secara terperinci) bukannya summary medical
report.
iii.
Borang Tuntutan Manfaat Elaun Penghospitalan (di
isi oleh peserta). Boleh minta bantuan ejen.
3. Kemasukan Ke Hospital Bukan Panel PruBSN
- Anda
juga boleh menjalani rawatan di hospital bukan panel PruBSN (contohnya: Hospital Kerajaan) tetapi mestilah di
rawat oleh doktor yang berdaftar. Anda
juga layak menerima Elaun Penghospitalan
seperti Elaun Wad Harian, Elaun
Pembedahan, Elaun Cuti Sakit akibat kecederaan dan sebagainya.
Nota
Penting :
Untuk
kemasukan ke Hospital bukan Panel PruBSN, anda di kehendaki membayar segala bil
hospital tersebut terlebih dahulu dan kemudian membuat tuntutan bil kembali dengan
syarikat Prudential BSN Takaful.
Kemukakan dokumen-dokumen berikut untuk untuk memudahkan proses tuntutan balik (reimbursement) dan rujuk kepada ejen anda kembali.:
Kemukakan dokumen-dokumen berikut untuk untuk memudahkan proses tuntutan balik (reimbursement) dan rujuk kepada ejen anda kembali.:
i.
Resit asal bil hospital
ii.
Laporan perubatan terperinci daripada doktor
merawat (bukannya summary medical report)
D) Kemasukan Hospital Di Luar Negara
- Manfaat perlindungan di luar negara hanya untuk 90 hari pertama
bermastautin bagi setiap perjalanan.
- Tiada sebarang
perlindungan sekiranya orang yang dilindungi berada lebih daripada 90 hari di
luar Malaysia bagi setiap perjalanan.
- Jika peserta menerima
rawatan perubatan di luar negara, sila kemukakan dokumen berikut untuk membuat
tuntutan rawatan luar negara:
i. Data/maklumat terperinci bagi
setiap item pada bil perubatan berserta laporan perubatan doktor merawat di
luar negara adalah diperlukan untuk membolehkan proses tuntutan dibuat.
ii. Satu salinan passport untuk
mengesahkan tarikh keluar dan kembali ke Malaysia diperlukan.
Nota Penting:
Kadar tuntutan tertakluk kepada
kadar yang dibayar berdasarkan kos rawatan yang berpatutan seperti caj yang
dikenakan di Malaysia.
Sebagai contoh sekiranya peserta
menerima rawatan sakit appendiks,
cthnya:
Kos di Negara A : USD7,000
Kos di Negara A : USD7,000
Kos di Malaysia : RM7,000
Peserta akan dibayar mengikut kiraan
rawatan berdasarkan kepada kos rawatan di Malaysia sahaja iaitu sebanyak
RM7,000.
Anda boleh menggunakan talian International
SOS 24 jam Hotline (reverse charge) +603-2166 7377 yang tertera di belakang
Medical Card PruBSN Takaful anda sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan di
luar negara negara
**Khas untuk klien saya, sila maklumkan kemasukan anda di hospital, supaya
saya dapat memantau perkembangan urusan penghospitalan.
Jika anda mahu menguruskannya sendiri, anda boleh menghubungi Hospital Alliance Service PruBSN di talian:
Jika anda mahu menguruskannya sendiri, anda boleh menghubungi Hospital Alliance Service PruBSN di talian:
- 03-211 60228 (Prudential Customer Service - weekdays 8am - 5pm)
- 03-2053 7188 (PruBSN customer service - office hour)
- 03-2031 8228 ext. 1050 (weekend & luar waktu pejabat)
Maklumkan kepada ejen jika anda memerlukan sebarang khidmat nasihat atau pertolongan mendapatkan panduan tersebut.
Dapatkan maklumat mengenainya
sekarang.
Hubungi saya : 019-2559961 @ 013-5066360 (Abu Bakar
Mamat) untuk mendapat maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment