MEDICAL CARD
PruBSN TAKAFUL
PruBSN adalah pengeluar Kad Perubatan (Medical Card)
pertama berlandaskan Syariah & Pengendali No.1 Takaful (untuk polisi jadual
berkala - tahun 2007 & 2008 berturut-turut) dalam Industri Takaful dengan
Pelan Perlindungan Takafulink.
KEBENARAN TENTANG PENGHOSPITALAN
Perlindungan kesihatan adalah satu komponen utama bagi menjamin sebuah struktur kewangan yang kukuh. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat demi tahun ke tahun (di anggarkan 15% kenaikan belanja perubatan setiap tahun) –dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang. Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk mereka.
Namun
mereka tidak menyedari kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi
menghadapi ketidaktentuan sehingga mereka dimasukkan ke hospital. Kos
perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah
keluar dari hospital. Seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat
daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pingggang, rawatan kemoterapi atau
penjagaan oleh jururawat di rumah.
Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), sejajar memahami keperluan-kehendak rakyat Malaysia, kami menawarkan pelan Major Medical Cover (MMC) dalam 'Medical Card' kami sebagai salah satu manfaat tambahan bertujuan untuk membiayai kos perubatan anda sehingga berumur 70 tahun.
Ini
memudahkan anda untuk kemasukan ke mana-mana hospital panel PruBSN dengan hanya
mengemukakan 'Medical Card' PruBSN dan kami akan menjaga kos-kos perubatan
anda sehinggalah selesai menjalani rawatan. Anda hanya perlu tumpukan kepada
proses pemulihan. Berbeza dengan insuran
terdahulu, dengan adanya Medical Card, anda tidak perlu melalui proses 'Pay Bill & Claim Later'.
APAKAH
MMC?
MMC adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang disertakan bersama pelan Takafulink PruBSN. Antara ciri-ciri kelebihan pada 'Medical Card' PruBSN kami ialah:
- Had Kos Rawatan yang Tinggi RM500,000(min) hingga RM2.5M(max) - perlindungan paling tinggi antara syarikat Takaful.
- Online payment cashless facility (mengikut terma & syarat)
- Kemudahan Hospital Pakar Swasta & Khidmat Doktor Pakar
- Penginapan di hospital
- Jadual Pembedahan tanpa Sekatan
- Meliputi Rawatan Kanser dan Dialisis buah-pinggang
- Manfaat 'Out-Patient Treatment' - sebelum & selepas kemasukan hospital
- Perlindungan 24 jam di seluruh Negara dan Bantuan Kecemasan Perubatan Antarabangsa
- Manfaat Penjagaan Jururawat di Rumah
- Jaminan perlindungan sehingga 70 tahun
PENTING
: KUAT-KUASA PERLINDUNGAN,
(A) Kemalangan:
Perlindungan
bermula serta-merta selepas permohonan polisi lulus.
(B)
Penyakit:-
· 30 hari selepas polisi lulus - bayaran balik bil
secara 're-imbursement'
·
90 hari selepas polisi lulus - 'Medical Card' mula aktif dan pembayaran bil
'cashless'
·
120 hari selepas polisi lulus, perlindungan
penyakit -penyakit tertentu berikut
akan bermula :-
1.
Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali
serangan jantung)
2.
Diabetis mellitus (kencing manis)
3.
Semua ketumbuhan, sista,polip atau barah
4.
Batu karang di dalam istm kencing dan hempedu
5.
Pembedahan sinus, septum hidng atau tonsil
6.
Hernia, buasir atau fistula
7.
Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin
MANFAAT PERLINDUNGAN DI LUAR NEGARA
Manfaat
perlindungan di luar negara hanya untuk 90 hari pertama
bermastautin bagi setiap perjalanan. Jika peserta menerima rawatan perubatan di
luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang
berpatutan seperti caj yang dikenakan di Malaysia.
Perlindungan bil perubatan meliputi semua jenis penyakit dan kemalangan kecuali yang berikut di bawah:
i.
Kecederaan diri yang disengajakan.
ii. Peperangan, penglibatan secara langsung dalam
rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
iii.
Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau
pengguguran janin.
iv. Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana
kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
v. Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik
atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
vi. Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah
untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fizikal am atau
pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan
berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
vii. AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau
penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
viii.
Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan rawatan
perubatan.
ix. Penyakit otak, penyakit jiwa, penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
x.
Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan,
kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
xi.
Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan,
selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya
lain.
xii.
Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar
undang-undang atau menentang daripada ditahan.
xiii.
Penyakit-penyakit berikut bagi 120 hari pertama perlindungan.
Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.
§ Hypertensi,
Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular
§ Semua
jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem
biliari.
§ Semua
jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
§ Hernia
(angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele
§ Endometriosis
termasuk penyakit sistem pembiakan
§ Gangguan
spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.
NOTA PENTING:
Pengendali takaful tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan
sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak
langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan oleh peserta di
dalam borang cadangan awal.semasa
membuat permohonan takaful.
MEDICAL CARD Pru BSN TAKAFUL
- Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health 2 adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.
Antara
kelebihan Takaful Health 2 adalah seperti berikut :
- Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi.
- Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
- Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
- Perkhidmatan bayaran secara online di lebih 60 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
- Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
- Penjagaan jururawat di rumah
- Pembedahan balik hari (Day Surgery)
- Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
- Rawatan Dialisis buah pinggang
- Rawatan Kanser
- Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
- Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
- Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
- Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...terus claim ikut had seumur hidup, jika memilih annual limit waiver. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad.
Sila
lihat jadual di bawah untuk senarai manfaat Takaful Health 2(TH)
- Penerangan mengenai NCB :
- NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Takaful Health 2.
- NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful Health) pada tahun semasa.
Sebagai
Contoh :
Client mengambil plan TH 200. Pada tahun 2009, beliau tidak pernah
membuat tuntutan langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM
200 (lihat jadual di atas) akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client
pada tahun 2010. Pada tahun 2010 pun client masih tak buat sebarang tuntutan,
dan client akan mendapat RM 200 NCB (dikreditkan dalam akaun pelaburan client)
pada tahun 2011.
- Akan tetapi, sekiranya client ada membuat tuntutan pada tahun 2011, client tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya iaitu pada 2012. Kemudian, pada tahun 2012, client tidak membuat sebarang tuntutan, RM 200 akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. dan begitulah seterusnya.
- Manfaat Takaful Health (TH) ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :
- Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation; Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan.
- Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.
- Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation (300 ≥ ko-takaful :10% ≤1000)
- Contoh 1 :
Jumlah Bil RM 2,000 , Ko-Takaful 10% = RM 200. Oleh kerana minimum
Ko-Takaful = RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital, manakala PruBSN akan bayar selebih
RM1,700.
- Contoh 2 :
Jumlah Bil RM 5,000 , Ko-Takaful 10%=
RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya
antara 300 hingga 1000. PruBSN akan
membayar baki bil iaitu RM 4,500.
- Contoh 3 :
Jumlah Bil RM 30,000, ko-Takaful 10%
= RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah
RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.
- Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas.
- Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.
Plan yang
amat unik dan istimewa. Medical Card Takaful pertama yang menawarkan NCB di
Malaysia.
Dapatkan maklumat mengenainya
sekarang.
Hubungi saya : 019-2559961 @ 013-5066360 (Abu Bakar
Mamat) untuk mendapat maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment