Salam Perkenalan Dari Saya;
بِسْــــــــــــــــــمِ-اﷲِالرَّحْمَنِ-اارَّحِيم
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Saya ingin berkongsi serba sedikit apa yang saya tahu mengenai insurans dan kenapa kita semua perlukan perlindungan insurans.
Sebelum itu biarlah saya berkongsi serba sedikit latar belakang saya:
Sebelum itu biarlah saya berkongsi serba sedikit latar belakang saya:
Saya adalah Graduan dari Universiti Putra Malaysia (UPM), mendapat Ijazah pertama Dalam Bidang Pendidikan Sains Pertanian pada tahun 1997. Mempunyai Master Sains (Pendidikan Teknikal dan Vokasional), UPM pada 2005, sebelum bergelar sebagai pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sekarang sedang menyambung pelajaran di UTM di peringkat PhD, juga dalam bidang PTV. Untuk mendapatkan PhD, saya perlu menyiapkan penyelidikan , dan tumpuan saya ialah mengenai pelaburan dalam pendidikan.
Dalam sibuk-sibuk untuk menyiapkan proposal PhD, saya terpanggil untuk menguruskan insuran kepada para pelajar saya terutamanya dan kepada orang ramai umumnya kerana beberapa sebab:
• Mendapat GALAKAN dari rakan sekerja Encik Khairul Anuar Hasnan dan setelah melihat ramai guru-guru sekolah yang terlalu mudah dipengaruhi oleh ejen-ejen insurans termasuklah isteri saya sendiri, bila seorang ambil... yang lain akan ikut ambil tanpa berfikir panjang mengenai sesuatu insurans itu......
• Mendengar pengalaman dan melihat sendiri rakan2 yang (rasa teraniaya dek insurans) turut mempengaruhi saya bagi menceburi bidang ini bagi mencari kepastian dan kebenaran untuk berkongsi dgn semua bakal client saya bagaimana untuk memilih sesuatu insurans itu supaya tidak terkena seperti orang-orang sebelumnya, termasuklah diri saya dan keluarga saya sendiri....
. dan the most important thing is HALAL, sebab sekarang ini terlalu banyak skim-skim yang diwar-warkan oleh kerajaan sedangkan dari segi kehalalannya boleh diragui.... Fikir-fikirkanlah sebelum terkena... kerana apa yang kita simpan, kita akan gunakan untuk memberi makan anak, isteri dan keluarga kita... Acuan yang macamana kita nak beri pada mereka?
. dan the most important thing is HALAL, sebab sekarang ini terlalu banyak skim-skim yang diwar-warkan oleh kerajaan sedangkan dari segi kehalalannya boleh diragui.... Fikir-fikirkanlah sebelum terkena... kerana apa yang kita simpan, kita akan gunakan untuk memberi makan anak, isteri dan keluarga kita... Acuan yang macamana kita nak beri pada mereka?
SEBENARNYA:
Kebanyakan daripada kita, tanpa kita sedar kadangkala langsung TIADA SIMPANAN walaupun setelah bertahun-tahun bekerja dan kalau adapun kata orang hanya sekadar cukup2 makan jer.
• Pendapatan bulanan hanya cukup untuk membayar ansuran rumah, ansuran kereta, yuran anak ke sekolah, bayar bil letrik & air, telefon, kos makanan, duit minyak kereta, bayar loan PTPTN @ MARA, bayar kad kredit dan banyak lagi dan saya percaya ramai lagi kawan-kawan yang di luar sana yang senasib.
• Apa yang kita ada hanyalah LIABILITI yang akan kita tinggalkan sekiranya sesuatu berlaku kepada kita.
• Hal yang sama juga hampir terjadi kepada saya, jadi dengan mengambil 5% HINGGA 10% SAHAJA DARI PENDAPATAN saya sekarang, saya boleh MELINDUNGI PENDAPATAN saya di masa hadapan sekiranya saya tidak mampu bekerja ataupun sesuatu yang tidak diingini berlaku pada diri saya.
• Dengan ini saya dahpun TRANSFERKAN RISIKO dari mengunakan syarikat ABU BAKAR MAMAT SDN BHD kepada COMPANY INSURANS (fahamkan maksud saya ni) untuk membayar kepada keluarga saya sekiranya sesuatu musibah berlaku ke atas diri saya.
• KEKADANG KITA RASA RUGI KALAU AMBIK INSURANS, SEBENARNYA KITA LAGI RUGI KALAU TAK AMBIK INSURANS.
Surah Al-Baqarah ayat 240 (mengenai wasiat):
"Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) sehingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang oleh syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana".
Satu pertanyaan kepada para suami:
"ANDA SAYANGKAN ISTERI ANDA SEUMUR HIDUP ANDAKAH ATAU SEPANJANG UMUR ISTERI ANDA??? " Fikir-fikirkanlah......
Kepada Sang Isteri, Cubalah bertanya kepada Suami anda dengan soalan diatas....dan cuba fikirkan jawapan... kedengaran seperti satu persoalan yang ringan, tetapi sebenarnya membawa erti yang sangat mendalam.....
No comments:
Post a Comment