36 JENIS PENYAKIT KRITIKAL dan PENERANGANNYA
Berikut
adalah senarai penyakit kritikal yang akan dilindungi dalam polisi
Takafulink/Takafulink Cerdik PruBSN. Senarai ini adalah ringkasan sahaja. Saya
nyatakan sekali pernyataan di dalam polisi PruBSN Takaful mengenai pampasan
akibat mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana
daripada penyakit berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah
ini yang berlaku lebih daripada enam
puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang
ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula
manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran
Lampiran yang mana terkini.
1- Serangan Penyakit Jantung
|
19- Penyakit Membawa Maut
|
2- Penyakit Koronari Arteri Yang
Memerlukan
Pembedahan
|
20- Aids Akibat Transfusi Darah
|
3- Strok
|
21- Penyakit Motor Neuron
|
4- Kanser
|
22- Penyakit Parkinson
|
5- Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
|
23- Penyakit Hati Yang Kronik
|
6- Penyakit Lumpuh/Paraplegia
|
24- Penyakit Peparu Yang Kronik
|
7- Pemindahan Organ Utama
|
25- Anemia Aplastik
|
8- Sklerosis Pelbagai / Berbilang
|
26- Distrofi Otot
|
9- Hepatitis Virus Fulminan
|
27- Poliomielitis
|
10- Hipertensi Arteri Pulmonari
Utama
|
28- Meningitis Bakteria
|
11- Koma
|
29- Tumor Otak Benigna
|
12- Buta
|
30- Ensefalitis
|
13- Penggantian Injap Jantung
|
31- Full Blown Aids
|
14- Pembedahan Aorta
|
32- Lain-Lain Penyakit Koronari
Arteri Yang Serius
|
15- Penyakit Alzheimer
|
33- Pembedahan Otak
|
16- Hilang Pendengaran / Pekak
|
34- Sindrom Apalik
|
17- Hilang Kebolehan Bertutur
(Bisu)
|
35- Trauma Kepala Utama
|
18- Kebakaran Parah
|
36- Kehilangan Tangan Atau Kaki
|
PENERANGAN RINGKAS SETIAP PENYAKIT KRITIKAL
1. Serangan Penyakit Jantung.
- Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-
- Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-
i. mengalami kesakitan dada biasa yang
berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.
Diagnosis
berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai
diagnosis suatu serangan penyakit jantung. Angina juga dikecualikan secara
khusus.
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan
Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.

3. Strok.
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.

Dikecualikan
secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara,
sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik
vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine,kecederaan cerebral hasil
dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata
atau saraf optic atau fungsi vestibule.
4. Kanser.
Kanser
ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan
serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau
pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti
disahkan melalui pembuktian histology malignan.
Keadaan-keadaan
berikut adalah terkecuali :-
i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).

5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang)
Kegagalan
ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan
dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan
dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.
6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia
Hilang
keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara
menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan
akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya
enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.
7. Pemindahan Organ Utama.
Telah
menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang
i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
Diagnosis
yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan
berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-
i.
Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad
putih) yang melibatkan saraf
ii.
optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang
menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
iii.
Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iv.
Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi
tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat atau
semakin pulih.
9. Hepatitis Virus Fulminan.
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.
Kriteria
diagnostik yang perlu ada ialah :-
a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.

Jangkitan
Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi criteria diagnostic.
10.Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.
Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.

11. Koma.
Keadaan
tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau
keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan
system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi
30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi.
Koma yang
diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri,
penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah terkecuali.
12. Buta.
Kehilangan
daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh
dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.
13. Penggantian Injap Jantung.
Telah
menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak
akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap
jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa
semula.
Pembaikan
melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan
lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya
dikecualikan.
14. Pembedahan Aorta.
Telah
menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau
membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta.
Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen
tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.
15. Penyakit Alzheimer.
Kemerosotan
atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti
dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian
daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang
tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang
kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan
ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi
sepanjang masa. Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar
perubatan yang berkaitan.
16. Hilang Pendengaran / Pekak.
Kehilangan
upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh
sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk
audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.
17. Hilang Percakapan.
Hilang
keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara
berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 ) bulan. Bukti perubatan yang
mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan
keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung,
Tekak) Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.
18.Kebakaran Parah.
Kecederaan
terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%)
permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam
carta Permukaan Badan Lund & Browder.
19. Penyakit Membawa Maut
Hayat
dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar
perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua
belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara
aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.
20.
AIDS
Disebabkan Pemindahan Darah.
Hayat
dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-
i.
Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang
dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii.
Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii.
Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko
tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara
suntikan atau pelacur.
Notis
pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada
pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara
perubatan.
21. Penyakit Motor Neuron.
Penyakit
motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan
berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen
bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis
lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.Diagnosis mestilah disahkan
oleh seorang pakar perubatan neurology.
22.
Penyakit
Parkinson.
Diagonosis
jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana
pesakit berkeadaan :-
i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan
ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan.
Aktiviti
penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk
melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
i. Pengalihan
i. Pengalihan
Berkeupayaan
untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii.
Pergerakan
Berkeupayaan
bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii.
Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan
untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi
untuk menjaga kebersihan diri.
iv.
Berpakaian
Berkeupayaan
untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan
orang lain.
v. Mandi
/ Membasuh
Berkeupayaan
untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar
untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua
usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.
23.
Penyakit
Hati Kronik.
Kegagalan
hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
-
Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.
Wernicke’s
ansefalopi & penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah &
alcohol adalah terkecuali.
24.
Penyakit
Paru-paru Kronik.
Kegagalan
system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial
kronik. Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1
bernilai
kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat
pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan
oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.
25.
Anaemia
Aplastik.
Kegagalan
sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang
menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah
berikut :-
i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.
26.
Distrofi
Otot.
Diagnosis
distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan
gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot

Kanak-kanak
di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.
27.Poliomielitis.
Diagnosis
tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang
menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya
pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan
lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom
Guillain-Barre) adalah terkecuali.
28.
Meningitis
Bakteria.
Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv.
Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis
hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
29.
Tumor
Otak Benigna.
Suatu
tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan
timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema,
symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini
mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.
Perkara-perkara
berikut adalah dikecualikan :-
i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.
i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.
30.
Eusefalitis.
Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.

Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii.
Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii.
Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv.
Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v.
Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi.
Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis
hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
31. Full Blown AIDS
Manifestasi
klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan
keputusan positif ujian antibody HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu
ujian pengesahan Western Blot. Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti
mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu
atau lebih daripada criteria berikut :-
i.
Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat
badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting syndrome);
ii.
Kaposi Sarcoma;
iii.
Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv.
Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v.
Tuberculosis Aktif;
vi.
Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii.
Malignant Lymphoma.
Dalam kes
tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic, PRUspouse payor basic, PRUparent payor
basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver,
PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan
(sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah
polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung
dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku
kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang
lain yang mana dahulu berlaku.
32.
Lain-lain
Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.
Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.

33.
Pembedahan
Otak.
Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.

34.
Sindrom
Appalic.
Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak
menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology
dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1)
bulan.
35.
Kecederaan
Kepala Utama.
Kecederaan
fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama
tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil
kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology
dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang
keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang
berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti
khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang
upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan
sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi
perubatan semasa.
Aktiviti
Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
i. Pengalihan
Berkeupayaan
untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan
bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan
untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi
untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan
untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan
orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan
untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar
untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua
usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
36.
Kehilangan
Anggota Badan.
Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.

Semua yang tercatat di atas adalah
sebagai penerangan sahaja. Maklumat lengkap, sila rujuk polisi anda.
Dapatkan maklumat mengenainya sekarang.
Hubungi saya : 019-2559961 @ 013-5066360 (Abu Bakar
Mamat) untuk mendapat maklumat lanjut.
No comments:
Post a Comment