MANFAAT SIMPANAN
Selain peserta PruBSN memperolehi pelan utama
perlindungan, mereka juga dapat menikmati PULANGAN
SIMPANAN hasil daripada pelaburan mereka di Dana Syari'ah kami untuk
kegunaan pada masa akan datang, contohnya
mengerjakan haji, simpanan pencen
peribadi atau kegunaan pendidikan anak-anak ke universiti.
Simpanan di pelan PruBSN Takaful merupakan simpanan pelaburan untuk keuntungan jangka panjang. Walau bagaimanapun
konsep simpanan pelaburan dalam takaful/insuran TIDAKLAH
SAMA seperti simpanan pelaburan di bank / ASB / tabung haji.
Maksudnya begini,
bila anda menyimpan dalam takaful, CONTOHNYA; RM100 sebulan, anda tidak
boleh mengharapkan semula kesemua caruman RM1200++ dalam setahun. Ini kerana terdapat caj-caj
pengurusan takaful, perlindungan yang dikenakan pada pihak peserta.
Dan kebiasaannya, nilai pulangan/serahan antara tahun PERTAMA hingga tahun ke-3
agak rendah. Tetapi tidaklah mustahil, dalam masa jangka yang panjang, hasil
simpanan di Takaful juga boleh memberikan pulangan yang baik seperti institusi
pelaburan lain.
Berikut di bawah adalah pulangan bagi tahun lalu
selepas di lancarkan:
Keunikan simpanan PruBSN
Simpanan
akan diteruskan oleh pihak PruBSN
sehingga berumur 80 tahun walaupun peserta lumpuh atau sakit kritikal,
apabila disertakan dengan manfaat Contributor.
(Manfaat berkaitan: Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor)
Jika
berlaku musibah kematian kepada peserta, pewaris akan menerima kesemua nilai
simpanan tersebut bersama dengan manfaat pampasan kematian.
TIADA TEMPOH MATANG
Pengeluaran
simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat apabila simpanan
PruBSN melebihi nilai RM4,000. Cara-cara pengeluaran wang simpanan ialah dengan
mengisi borang pengeluaran wang yang boleh di dapati di mana-mana cawangan
Prudential atau PruBSN dan peserta akan
menerima cek antara 3 hari - 2 minggu.
Dengan adanya kemudahan skim simpanan ini, peserta juga boleh menangguhkan caruman premium sementara, tetapi masih dapat menikmati perlindungan yang berpanjangan sehinggalah nilai simpanan itu susut dengan sendirinya.
**NOTA:
Dengan adanya kemudahan skim simpanan ini, peserta juga boleh menangguhkan caruman premium sementara, tetapi masih dapat menikmati perlindungan yang berpanjangan sehinggalah nilai simpanan itu susut dengan sendirinya.
**NOTA:
Sebarang tuntutan manfaat atau penggunaan Medical
Card PruBSN, tidak akan menjejaskan nilai simpanan PruBSN peserta, kerana
masing-masing mempunyai akaun yang berbeza.
No comments:
Post a Comment