PELAN TAKAFULINK
Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang
berkaitan dengan Pelaburan (Investment-linked Takaful) yang menawarkan perlindungan
komprehensif di samping membenarkan peserta membuat simpanan yang berlandaskan prinsip-prinsip
syariah. Ia direka khas bagi memenuhi keperluan individu di setiap peringkat umur
samada daripada bayi yang baru lahir hinggalah kepada warga emas untuk memenuhi keperluan perlindungan
dan pelaburan.
Berikut adalah
ilustrasi ringkas bagi menerangkan tentang pelan ini:
PELAN YANG
MEMBERI ANDA LEBIH KEFLEKSIBELAN
-
Pelbagai amaun
perlindungan Takaful bagi kematian dan hilang upaya tanpa
menjejaskan sumbangan anda.
-
Tingkatkan liputan
Takaful anda dengan menambah manfaat penyakit kritikal, kemalangan, perubatan, hilang
upaya dan manfaat tambahan yang lain.
-
Wujudkan satu dana
persaraan yang mantap dengan memilih mana-mana dana Takafulink yang mendapat
kelulusan Shariah dan yang dapat memberi pulangan lebih tinggi dalam jangkamasa
panjang berbanding dengan akaun simpanan bank.
-
Anda boleh menukar
pelaburan anda di antara mana-mana dana Takafulink yang mendapat kelulusan
Shariah pada bila-bila masa. Jumlah minimum yang boleh ditukar adalah RM 1000.
-
Anda boleh mengeluarkan
wang anda pada bila-bila masa untuk keperluan anda. Pengeluaran minimum adalah
RM500. Kemudahan ini tersedia sekiranya nilai dari baki unit adalah
sekurang-kurangnya RM1000.
-
Sijil ini melayakkan
anda menerima pengecualian cukai individu sehingga RM6000 setahun
CIRI- CIRI
PLAN TAKAFULINK
1. Manfaat Asas Kematian:
-
Jumlah
yang dilindungi dan nilai baki dalam Unit Akaun Peserta (PUA)* dan Akaun khas
Individu (ISA)** akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia.
-
PUA
adalah akaun unit-unit yang diperuntukan, bergantung kepada sumbangan berkaitan
yang dibayar.
-
**ISA
adalah akaun sumbangan manfaat tambahan yang dibayar.
-
Sekiranya berlaku kematian, pampasan dari RM50,000 akan diberikan sekali
gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
-
Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000. Bayaran RM 2,000 untuk
khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah.
Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan
bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar
mengenai berita kematian tersebut.
-
Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
2.
Hilang Upaya
Penuh dan Kekal (HUPK)/ Lumpuh Kekal Keseluruhan (TPD):
-
Jumlah
yang dilindungi akan dibayar sekiranya anda mangalami HUPK sebelum mencapai 60
tahun, manakala unit-unit dalam PUA dan nilai ISA akan kekal dalam akaun anda.
-
Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh
penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
-
Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
-
Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan.
3.
Accidental
Death and Disablement (ADD) (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan):
-
Memberi
manfaat kemalangan untuk ditambah kepada manfaat perlindungan utama anda.
-
ADD akan
membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal akibat kemalangan.
-
Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal
keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran
(Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
-
Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di
tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya
atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai
jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2
kali (Double
Indemnity)
-
Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan
anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
-
Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal
benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun
semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100%
semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk
manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan
pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk
tahun itu.
-
AMR akan membayar balik
kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah dilindungi sekiranya tidak
masuk wad.
- Accidental Medical Reimbursement (AMR) /Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan:
-
Membayar
balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi
dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
-
Manfaat
ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada
manfaat Kad Perubatan untuk rawatan akibat kemalangan.
-
AMR akan membayar balik
kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah dilindungi sekiranya tidak
masuk wad.
-
AMR boleh dibuat
tuntutan dengan syarat kecederaan perlu dirawat dalam masa 48 jam dari masa
kemalangan.
- Kad Perubatan (Medical Card)
-
Menyediakan
dana (min RM500,000 – Max RM2.5juta) untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke
hospital panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
-
Boleh
digunakan di dalam dan luar negara.
-
Manfaat
yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
-
Jaminan
pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.
6.
Medical
Cover:
-
Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital
Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
-
Elaun Hospital
-
Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
-
Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan
bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
-
Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
-
1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun
ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
-
Elaun
Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level)
seperti berikut :
Level 1
|
RM 125
|
Level 2
|
RM 250
|
Level 3
|
RM 500
|
Level 4
|
RM 750
|
Level 5
|
RM 1,250
|
Level 6
|
RM 1,875
|
Level 7
|
RM 2,500
|
-
Elaun Bedah-Maksima RM12,500 setahun
7.
Takaful
Health:
-
Memberi
perlindungan perubatan bagi manfaat Hospital dan Pembedahan sekiranya anda
dimasukkan ke Hospital atau memerlukan rawatan pesakit luar disebabkan
kesakitan atau kecederaan.
-
Ini juga
termasuk bantuan perubatan kecemasan.
-
Sila
rujuk pada plan Takaful
Health.
8.
Hospital
Benefit / Elaun Hospital:
-
Memberikan bantuan
tunai harian sekiranya anda dimasukkan ke Hospital.
-
Manfaat
ini akan diberikan mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
-
Hospital
Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit =
8 x RM50 = RM 400 sehari.
-
Maksimum adalah 8 unit
untuk sehari. Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
-
Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e
Manfaat No 9, jumlah maksimum unit
untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai
contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah
kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
-
Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk
hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil
hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga
boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan resit. Elaun hospital akan diberikan
kepada peserta selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari
bekerja.
-
Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain.
-
Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam
wad adalah 6 jam.
-
Hospital - swasta atau kerajaan
9.
Disability
Provider, Crisis Cover Income:
-
Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh
Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau
kemalangan.
-
Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita
sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
-
Manfaat ini dibayar
setiap tahun sekiranya anda mengalami HUPK atau penyakit kritikal sebelum
mencapai usia 60 tahun.
-
Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau
meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
-
Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
10.Crisis Shield / Critical Illness (36
jenis penyakit ):
-
Memberi perlindungan
daripada penyakit kritikal, yang sedia untuk digunakan disaat-saat anda paling
memerlukan.
-
Pampasan akan diberikan
sekaligus.
-
Anda juga tidak perlu
lagi membayar caruman bulanan jika disertakan dengan manfaat Contributor.
-
Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit,
pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
-
Kos rawatan akan ditanggung oleh Kad Perubatan (rujuk manfaat kad perubatan)
-
Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini,
semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang
polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
-
Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu
mencarum lagi
-
Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di
atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
-
Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati
semua manfaat yang masih ada.
11. Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan):
-
Memberi
bantuan tunai mingguan jika peserta kehilangan upaya disebabkan kemalangan.
-
Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan
sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti
Sakit akibat kemalangan'.
-
Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan
Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
-
1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi
TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor
berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
12. Contributor Benefit / Premium Percuma:
-
Membayar manfaat
tahunan ( FOC ) sekiranya anda diserang penyakit kritikal.
-
Bayaran dihentikan apabila anda meninggal dunia.
-
Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya
peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
-
Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse
Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor
- Parent Contributor (Smartlink)
-
Sekiranya ibubapa peserta meninggal dunia atau mengalami Lumpuh Kekal
Keseluruhan sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit
kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan
Takaful pada hadapan (FOC).
-
Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia
atau mencapai usia 25 tahun.
- Takaful Saver Contributor
-
Membayar
sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap salah satu daripada
36 penyakit kritikal.
- Pulangan Pelaburan
-
Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh
dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun.
-
Anggaran pulangan pelaburan 2% hingga 9% setahun
(bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
-
Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh
menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
- Takaful Saver
-
Takaful Saver membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan
pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit di dalam
Akaun unit pelaburan (IUA).
- Spouse Contributor:
-
Sekiranya pasangan anda
meninggal dunia, atau mengalami HUPK sebelum mencapai usia 60 tahun atau
disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu anda membayar
sumbangan kepada pelan Takaful pada hadapan (FOC).
- Pelepasan Cukai
-
Melayakkan anda menerima pelepasan cukai insurans hayat bersama EPF
sehingga RM6,000.
-
Bagi Smartlink, ianya melayakkan anda menerima pelepasan cukai
pendidikan sehingga RM3,000.
CONTOH PROPOSAL PELAN TAKAFULINK
Maklumat
Pencarum:
1.
Wanita
2.
Berumur 26 tahun
3.
Kelas pekerjaan 1
4.
Tidak merokok
5.
Caruman bulanan RM200
|
|
MANFAAT
|
KETERANGAN
|
|
- Perlindungan sehingga umur 80 tahun.- Jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, waris atau peserta akan mendapat manfaat sebanyak RM50,000 |
|
- Perlindungan sehingga umur 80tahun.- Jika peserta disahkan mendapat salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, peserta akan menerima RM50,000 |
|
-
Perlindungan
sehingga umur 70 tahun.
-
Jika peserta
meninggal dunia akibat kemalangan, manfaat kematian adalah sebanyak RM220,000
(Basic + ADD).
-
Jika kematian
akibat kemalangan semasa menaiki kenderaan awam di darat, manfaat
kematianadalah RM290,000 (Basic + (ADD) x2).
-
Jika kemalangan
mengakibatkan kehilangan anggota badan boleh claim sehingga RM70,000.
|
|
-
Perlindungan
sebanyak RM500,000 untuk rawatan di hospital panel.
-
Perlindungan
sehingga umur 70 tahun. Had maksimum sehingga umur 70 tahun adalah RM500,000
tertakluk kepada had RM50,000 setahun.
-
Tertakluk
kepada10% ko-takaful (min RM300 - maksimum RM1,000)
|
|
-
Perlindungan
sehingga umur 60 tahun. Jika peserta hilang upaya sebelum umur 60 tahun, kami
akan membayar sebanyak RM5,000 tiap-tiap tahun sehingga umur 65 tahun.
|
|
-
Elaun hospital
sebanyak RM200 sehari.
-
Perlindungan
sehingga umur 70 tahun.
-
Jika peserta
dimasukkan ke wad, beliau akan menerima elaun sebanyak RM200 sehari.
|
|
-
Perlindungan
sebanyak RM100 seminggu sehingga umur 70 tahun.
-
Jika peserta
ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia tidak boleh bekerja (MC), peserta
akan menerima elaun sebanyak RM100 seminggu.
|
|
-
Perlindungan
sekiranya peserta mendapat Penyakit Kritikal, peserta TIDAK PERLU membayar
lagi caruman bulanan sehingga umur 80 tahun.
-
Tetapi masih
boleh menggunakan Medical Card dan memperolehi manfaat-manfaat lain sehingga
umur 70 tahun.
|
Berdasarkan
quotation ini, jumlah simpanan selama 30 tahun (umur 56 tahun) adalah
sebanyak RM76,436 (rujuk m.s 3, Total Surrender Value). Duit ini boleh
dikeluarkan bila-bila masa dengan syarat jumlah Total Surrender Value telah
melebihi RM1500. Contohnya jika Total Surrender Value ada RM2,500, peserta
boleh mengeluarkan RM2,000 dan RM5 00 mesti ditinggalkan di dalam akaun
simpanan untuk membolehkan polisi aktif.
|
**** Untuk penggunaan
Medical Card, protection akan berkuatkuasa selepas 30 hari dari tarikh
penerimaan oleh Prudential. Bagi kes kemalangan, protection adalah serta merta
selepas penerimaan. Protection sepenuhnya untuk Penyakit Kritikal adalah
selepas 120 hari.
JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN,
SILA SMS ATAU CALL KEPADA:
ABU
BAKAR BIN MAMAT
019-2559961
@ 013-5066360
No comments:
Post a Comment