Sunday, July 22, 2012

ASAS-ASAS INSURANS & TAKAFUL


ASAS-ASAS INSURANS & TAKAFUL


Apakah Insurans?

Insurans adalah pemindahan risiko oleh seseorang individu atau sesebuah organisasi yang dikenali sebagai pemegang polisi kepada syarikat insurans. Sebagai balasan, syarikat insurans menerima pembayaran dalam bentuk premium. Sekiranya pemegang polisi menanggung kerugian, syarikat insurans akan membayar pampasan terhadap kerugian atau kerosakan tersebut.


Jenis Insurans.

Terdapat 2 jenis insurans, iaitu insurans hayat dan am:   
        
1.       Insurans Hayat
    • Menginsuranskan anda atau hayat anda terhadap sebarang musibah sehingga ke suatu amaun tertentu (amaun diinsuranskan)
    • Tempoh perlindungan biasanya lebih dari setahun dan memerlukan pembayaran premium secara berkala-bulanan, suku-tahunan atau tahunan.
    • Risiko yang dilindungi:
      • kematian dalam tempoh polisi
      • pendapatan semasa persaraan
      • penyakit
      • hilang upaya
    • Produk Utama:
      • polisi seumur hidup
      • polisi endowmen
      • polisi bertempoh
      • polisi berkaitan pelaburan
      • polisi anuiti
      • polisi perubatan dan kesihatan

2.      Insuran Am
    • Menginsuranskan anda terhadap kerugian atau kerosakan selain daripada yang ditawarkan oleh perniagaan insurans hayat
    • Tempoh perlindungan selalunya setahun yang biasanya memerlukan pembayaran premium sekali gus
    • Risiko yang dilindungi:
      • Kerugian harta benda, contohnya kecurian kereta atau kebakaran rumah
      • Liabiliti yang wujud akibat kerosakan kepada pihak ketiga yang disebabkan oleh anda
      • kematian akibat daripada kemalangan atau kecederaan
    • Produk utama
      • polisi motor
      • polisi kebakaran/empunya rumah/isi rumah
      • polisi kemalangan diri
      • polisi perubatan dan kesihatan
      • polisi marin, udara dan transit

PRINSIP ASAS INSURANS

4        prinsip asas insurans adalah:
  1. Kepentingan boleh insurans
    • Anda harus mempunyai kepentingan terhadap barang atau hayat yang diinsuranskan di mana sesuatu kerosakan atau kehilangan kepada harta benda atau hayat yang diinsuranskan akan mengakibatkan anda menanggung kerugian kewangan.
Sebagai contoh, sekiranya anda menjual kereta anda, anda juga sepatutnya berhenti daripada menginsuranskan kereta tersebut kerana anda tidak lagi mempunyai kepentingan boleh insurans. Sekiranya anda terus menginsuranskannya, syarikat insurans tidak akan membayar pampasan kepada anda sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan terhadap kereta tersebut.
  1. Penuh percaya mutlak
    • Kontrak insurans adalah kontrak atas dasar penuh percaya mutlak. Anda, sebagai pemegang polisi, mestilah mendedahkan semua fakta penting apabila membeli polisi. Sekiranya anda gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, polisi tersebut mungkin menjadi tidak sah. 
  2. Indemniti
    • Hanya diguna pakai untuk kerosakan fizikal sesuatu harta benda. (contohnya, kerosakan ke atas bangunan atau kenderaan bermotor) di mana kerugian tersebut boleh dinilai dari segi kewangan. Anda tidak boleh "mendapat keuntungan" daripada polisi insurans. Sekiranya anda mengalami kerugian, syarikat insurans akan membayar atau meletakkan anda kepada keadaan yang sama sebelum berlaku kerugian. 





  1. Sumbangan
    • Adalah tidak perlu membeli lebih daripada satu polisi untuk melindungi sesuatu harta. Sekiranya anda membeli lebih daripada satu polisi, anda hanya boleh membuat satu tuntutan sahaja apabila berlaku kerugian atau kerosakan terhadap harta tersebut. Amaun yang boleh dibayar tersebut akan disumbangkan oleh syarikat-syarikat insurans yang terlibat. Walau bagaimanapun, anda boleh membeli lebih daripada satu polisi sekiranya anda ingin melindungi hayat anda.

APAKAH TAKAFUL?

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Anda mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.


Perkongsian Lebihan
  • Satu ciri unik bagi pelan takaful adalah perkongsian lebihan dana antara anda dengan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui
  • Lebihan tersebut diperoleh setelah ditolak belanja seperti tuntutan, takaful semula, rizab teknikal dan belanja pengurusan
  • Anda layak berkongsi lebihan ini sekiranya anda tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh takaful.
Majlis Pengawasan Syariah

Sebagai langkah memastikan pematuhan prinsip-prinsip Syariah:
  1. Pengendali-pengendali takaful dikehendaki menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk memberi nasihat kepada pihak pengurusan dan memastikan bahawa aktiviti-aktiviti mereka mematuhi prinsip-prinsip Syariah
  2. Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan bagi Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan di Bank
  3. Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada Bank-bank Komersial  tentang aspek-aspek Syariah bagi operasi institusi perbankan Islam dan pengendali-pengendali takaful serta produk dan perkhidmatan mereka.


DEFINISI TAKAFUL

Takaful merupakan salah satu pelan perlindungan dan konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam, yang berlandaskan Hukum Syariah. Menurut Akta Takaful 1984, takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi tujuan itu.

Kata dasar bagi perkataan takaful ialah kafala yang bermaksud untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala, maka ianya memberi erti saling menjamin, saling menjaga dan saling memelihara.

Di dalam al-Quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang member makna memelihara dan menjaga. Pada asasnya, system takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan saling membantu di kalangan pesertanya. Ia bertujuan menggalakkan sifat tolong-menolong dan perpaduan di kalangan para peserta selari dengan konsep ta’awun (saling bekerjasama).

Melalui takaful akan dapat diwujudkan suatu perhubungan yang erat mengikut amalan dan peraturan Islam di antara peserta-peserta yang berpakat dan bersetuju untuk sama-sama menanggung kerugian atau kehilangan. Berpandukan pada semangat perpaduan ini, maka dapat disusun suatu sistem amali yang mementingkan prinsip saling bertanggungjawab, saling bekerjasama atau bantu-membantu dan saling lindung-melindungi antara satu sama lain.

Dalam erti kata lain, ia merupakan penyediaan sumbangan yang dikongsi bersama bagi membantu mereka yang memerlukan. Islam amat menggalakkan sifat tolong-menolong atau menyediakan bantuan pada mereka yang ditimpa musibah. Islam juga menuntut supaya umatnya bekerjasama dalam perkara-perkara yang baik.


FALSAFAH TAKAFUL
Falsafah takaful menekankan kepada sifat keikhlasan dan di bawah konsep ini para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada kontrak tabarru’ di mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di dalam pelan/skim takaful yang berkenaan.

Sumbangan atau caruman takaful yang dibuat adalah dengan niat yang ikhlas dan hati yang redha untuk tujuan berbakti atau membantu insan lain yang lebih memerlukan.

Dalam erti kata lain, takaful bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang erat di antara peserta-peserta yang bersetuju menanggung bersama mereka kerugiaan yang disebabkan oleh risiko bersama seperti kematian, kemalangan dan sebagainya yang menimpa di kalangan mereka.  Dengan ini, semangat takaful menekankan kepada kepentingan antara peserta. Sifat mengutamakan diri sendiri tidak sepatutnya wujud di kalangan peserta takaful.

Asas falsafah ini adalah berpandukan kepada beberapa hadith Rasulullah s.a.w. yang antaranya:
1.  Dalil Kerjasama:
“Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya selagi mereka saling bantu-membantu antara satu sama lain”
Riwayat Imam Ahmad & Imam Abu Daud

2.  Dalil Tanggungjawab:
“Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesama mereka adalah seperti satu jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya”
Riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim

3. Dalil saling melindungi:
“Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan”
Riwayat Imam al-Bukhari & Imam Muslim

Berdasarkan hadith-hadith di atas juga, para ilmuan Islam memutuskan bahawa usaha bersepadu perlu wujud untuk melaksanakan kensep takaful sebagai kaedah terbaik memenuhi tuntutan ini.


PERBEZAAN DI ANTARA TAKAFUL & INSURANS
Sebenarnya perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan. Urusniaga takaful hanya dibenarkan untuk melabur dana yang daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh Syariah.
Dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi pesert-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntuan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul, sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta takaful.
Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional di mana syarikat insurans itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans. Sistem saling bantu-membantu yang menjadi teras kepada prinsip insurans, pada dasarnya tidak bercanggah dengan Syariah.
Objektif insurans adalah bertujuan sebagai golongan yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, menyatakan :-
"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".

Perbezaan ketara membezakan prinsip takaful dengan insurans konvensional adalah wujudnya unsur-unsur yang merosakkan kontrak seperti gharar (ketidakpastian),  riba, dan maisir (judi). Unsur-unsur inilah dapat mewujudkan kerugian, ketidakadilan, serta penganiyaan kepada pemegang polisi insurans.
Apa yang membezakannya ialah wujudnya unsur-unsur yang merosakkan kontrak. Ulama’ telah sepakat menyatakan perlindungan kepada anggota masyarakat bagi menghadapi kemungkinan bencana, boleh disediakan selaras dengan kehendak Syariah melalui takaful.


Takaful vs. Insurans Konvensional




PENGURUSAN PRUDENTIAL BSN TAKAFUL BERHAD


AHLI JAWATANKUASA PANEL SYARIAH PruBSN Takaful



RISIKO, TAKAFUL DAN ISLAM
Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan umatnya. Untuk membantu mana-mana ahli masyarakat yang mengalami kemalangan atau kerugian, satu kaedah berkongsi risiko yang berdasarkan konsep tabarru’ diperkenalkan melalui sistem takaful.

Sistem takaful adalah sebagai suatu jalan ikhtiar bukan bererti melawan takdir atau tidak percaya kepada qada’ dan qadar yang merupakan salah satu rukun iman – jauh sekali daripada mencabar ketentuan Allah swt. Sebaliknya perbuatan berserah semata-mata tanpa berikhtiar adalah bertentangan dengan tuntutan Islam.

Apabila kita membaca sirah Rasulullah s.a.w. kita juga dapati baginda membuat perancangan untuk setiap pekerjaan yang dilakukannya. Baginda akan mengambilkira semua kemungkinan dan menyediakan semua persiapan sebelum menjalankannya; dan ini bukan bermakna baginda tidak bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat. Jawab Arab Badwi itu; „Aku bertawakkal kepada Allah“. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda; „Tambat unta kamu dulu, kemudian bertawakkal kepada Allah“. Jawapan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang jelas tentang keyakinan sebenar terhadap Allah s.w.t.

Melalui peristiwa ini, baginda mengajar kita bahawa kita mesti melakukan apa yang terbaik dalam melakukan sesuatu dan menyerahkan segala yang di luar kemampuan kita kepada Allah s.w.t. Inilah pengertian sebenar Tawakkal kepada Allah s.w.t.
Melalui kaedah Takaful yang merupakan salah satu jalan ikhtiar untuk mengelak daripada berlakunya kemudaratan ke atas diri kita dan keluarga. Amalan ini amat dituntut dalam Islam kerana Islam amat mengutamakan  prinsip saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam perkara-perkara kebajikan dan kebaikan.

Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia”.                                                                                           Hadith Riwayat Ibnu Majjah


Sabda Rasulullah s.a.w. “Orang-orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya (bagi orang lain), dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang ialah; memasukkan rasa kebahagiaan ke atas seorang Muslim, menyelamatkannya dari penderitaan, melunaskan hutangnya atau mengusir rasa kelaparan daripadanya. Sesungguhnya aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk di dalam masjid berbulan lamanya”.                                   

                                                                                                      Hadith Riwayat al-Tabrani

Surah al-Baqarah Ayat 180 (Wasiat)

“Diwajibkan ke atas kamu apabila seorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf (adil dan baik). Ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”

Surah al-Baqarah Ayat 240 (Wasiat untuk isteri dan muta’ah)

“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat kepada isteri-isterinya iaitu diberi nafkah sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah sendiri, maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka membuat ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana “


Di sini timbul beberapa pertanyaan (FIKIR-FIKIRKANLAH SEJENAK): 

1.       Apakah yang kita sediakan untuk anak-anak dan keluarga , ketika kita “TIADA”?  (andai kata kita mati semalam, apa yg kita tinggalkan kepada mereka hari ini?)
2.      Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan kita di Hospital Swasta ditanggung oleh mereka SEHINGGA RM1.5 JUTA (andai kata itu terjadi)?
3.      Adakah kita TERPAKSA BEKERJA apabila sudah bersara, serta bagaimanakah dengan persaraan dan hari tua kita nanti?



SOALAN BIASA YANG SERING DITANYA…..Dan Akhirnya Mereka Bersetuju Dengan Jawapan Yang Diberikan Dan Terus Join PruBSN Takaful...

1.         Saya tidak perlukan insurans nyawa kerana sudah ada insurans  
            company!
# Memang kebanyakan daripada kita mempunyai insurans dari company dari tempat kita bekerja, tetapi pernahkah anda bertanya kepada company anda berapa nilai maksimum anda boleh gunakan dari insurans company. Selalunya nilai maksimum kegunaan bagi insurans company adalah dari RM 5000 - RM 10000 sahaja.

Cth: Jikalau Bil perubatan anda 20K,  anda terpaksa menaggungnya sendiri bagi baki 15k tersebut.
# Pernahkah anda terfikir jikalau anda bertukar kerja atau diberhentikan kerja, tiba-tiba anda diserang penyakit, Insurans company lama anda tidak akan cover anda lagi. Pernahkah anda terfikir bahawa insurans company tidak menjamin anda sepenuhnya?
2.        Saya akan ambil personal insurans bila dah nak pencen sebab saya rasa diri saya tidak akan sakit semasa muda!
# Anda perlu tahu bila anda mengambil personal insurans di waktu tua bayarannya sangat tinggi berbanding jika anda mengambil pada usia masih muda. Akhirnya anda tidak akan mengambilnya dan bila sakit akan masuk ke hospital kerajaan. Bila layanan kurang memuaskan anda complain sedangkan anda dapat layanan setimpal dengan apa yang anda bayar.

Jadi..Renung-Renungkanlah. Bertindak Sebelum Terlambat!
Bak Kata Orang Tua-Tua:
SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN……

JADI….MENGAPA ANDA PERLU MENYERTAI TAKAFUL? 
1.       Sebagai satu perlindungan sekiranya musibah menimpa diri dan keluarga
2.      Suatu bentuk simpanan dan pelaburan jangka panjang
3.      Suatu bentuk perlindungan kepada pendapatan anda
4.      Menolong mereka yang dalam kesusahan (Konsep Takaful)
5.      Menguatkan ukhuwah sesama umat Islam
6.  Bersesuaian dengan konsep tawakkal, di mana setiap manusia perlu berusaha dalam setiap pekerjaannya


TESTIMONI PESERTA PRUBSN TAKAFUL

Info Kes         : Batu Karang Dalam Buah Pinggang
Hospital         : Subang Jaya Medical Centre
Symptom       : Loya dan muntah2. Hilang selera makan disebab terdapat
angin dalam perut (sbu perut). Muka menjadi pucat dan badan menjadi tak bermaya hingga boleh  menjadi pitam.
Maklumat Rawatan            : Pembedahan untuk membuang batu karang  dalam buah pinggang.
Kos Rawatan             : RM 23,000 ++ (Termasuk rawatan susulan) (Semua bill
dibayar oleh Prudential - Medical Card)
Elaun Hospital         : RM 4150 (termasuk elaun bedah)

Premium Bulanan : RM 150 Sahaja!



JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN SILA  CALL ATAU SMS KEPADA:

ABU BAKAR BIN MAMAT
019-2559961 @013-5066360


No comments:

Post a Comment