APA
ITU INSURANS DAN TAKAFUL?
BAGAIMANA
CARA MEMILIH POLISI YANG TERBAIK
Insurans – secara mudahnya adalah memindahkan
risiko/kerugian individu seperti anda atau sebuah organisasi seperti syarikat
anda kepada syarikat insurans. Tapi selepas anda membeli polisi insurans lah
bergantung pada jenis insurans. Anda atau syarikat anda dikenali sebagai
pemegang polisi.
Terdapat pelbagai jenis perlindungan yang ditawarkan
oleh insurans seperti:
· Polisi
Perjalanan
· Polisi
Empunya Rumah
· Polisi
Berkaitan Pelaburan
· Polisi
Kemalangan Diri dan macam-macam lagi…
Sebagai contoh Insurans Perubatan dan Kesihatan.
Insurans ini akan melindungi anda untuk kos rawatan perubatan di hospital
swasta yang mungkin mahal macam kos pembedahan atau rawatan khas. Jadi anda tak
perlulah bimbang tentang kos untuk mendapatkan rawatan. Insurans ini juga akan
membayar anda sejumlah wang tertentu semasa anda menjalani rawatan.
Takaful – Pelan perlindungan berdasarkan Syariah. Anda
yang bersetuju untuk menyertai dana takaful dan juga bersetuju untuk saling
membantu peserta yang lain sekiranya mengalami kerugian yang ditetapkan. Tapi
sebelum tu anda kenalah mencarum sejumlah wang dalam bentuk caruman penyertaan
(tabarru’) dan anda perlu memeterai kontrak (aqad).
Apa itu Takaful…
-
Takaful boleh
disimpulkan sebagai salah satu konsep insuran, berlandaskan perbankan islam.
Takaful menerapkan kerjasama, perlindungan dan jaminan antara para peserta.
-
Ciri-ciri takaful
:
Berlandaskan perbankan islam
Tiada unsur maisir (judi)
Tiada unsur riba
Tiada unsur gharar (ragu-ragu)
Jenis-jenis perlindungan yang ditawarkan dalam
takaful adalah seperti:
· Pelan Motor
· Pelan Perubatan dan Kesihatan
· Pelan Keluarga
· Pelan Kemalangan Diri dan macam-macam lagi…
Sebagai contoh Takaful/Pelan Motor atau kenderaan.
Pelan ini akan melindungi anda dari kerugian atau kerosakan kenderaan sendiri
akibat kemalangan atau kecurian, kebakaran; dan/atau kecederaan atau kematian,
kerosakan atau kerugian harta benda pihak ketiga. Pihak ketiga ni contohnya
jika anda terlanggar kenderaan orang, maka orang tersebut (mangsa) dikenali
sebagai orang ketiga.
Kalau Takaful/Pelan Perubatan dan Kesihatan, lebih
kurang sama dengan Insurans/Polisi Perubatan dan Kesihatan di mana ia akan
memberi perlindungan terhadap kos rawatan perubatan persendirian.
Dalam kedua-dua insurans dan takaful ni ada
jenis-jenis perlindungan yang anda perlu pilih mengikut kesesuaian dan
keperluan serta kemampuan anda.
Selain itu, di bawah pelan takaful, anda boleh
menikmati perkongsian lebihan atau keuntungan daripada dana takaful berdasarkan
nisbah yang anda telah persetujui itu pun jika anda tidak membuat sebarang
tuntutan sepanjang tahun tersebut.
PANDUAN
DALAM MEMILIH INSURANS DAN TAKAFUL:
1. Anda kena benar-benar faham dengan apa
yang tercatat di dalam polisi tersebut termasuklah ciri-ciri produk,
syarat-syarat, had manfaat dan pengecualiannya.
(Bahagian ini yang paling utama sebelum anda
membuat keputusan untuk membeli mana-mana polisi. Ini kerana ramai pembeli
insurans/takaful di luar sana hanya membeli polisi lebih kepada sebab
kawan/saudara yang menjual, jadi beli je la, setakat nak tolong member. Tak
salah untuk tolong kawan, tapi anda kena fahamkan dahulu polisi yang
ditawarkan.)
Apa perlindungan yang anda dapat dari polisi yang
anda beli. Adakah hanya untuk kematian/kecacatan kekal. Ada tak tambahan
perlindungan seperti Personal Accident, Critical Illness dan sebagainya.
Jika anda betul fahami polisi yang anda beli,
tidak akan timbul masalah di kemudian hari, bila anda nak claim untuk
kemalangan, Syarikat Insurans/Takaful mengatakan anda tidak layak claim.
Sebabnya, dalam polisi yang anda dok bayar setiap bulan tu tak termasuk pun
untuk Perlindungan Kemalangan…..
Dah tu nanti, siapa yang anda hendak dipersalahkan?
Teliti dan fahami Polisi yang ditawarkan.
2. Pastikan keuntungan (premium) dari
insurans dan caruman takaful yang akan dibayar adalah berpatutan.
3. Pastikan amaun perlindungan adalah
mencukupi dan sesuai dengan keperluan dan kemampuan anda.
4. Pastikan semua fakta penting didedahkan
sepenuhnya. Sekiranya anda gagal mendedahkan maklumat berkenaan, polisi atau pelan
anda mungkin tidak sah dan anda tidak akan dilindungi ke atas sebarang kerugian
atau kerosakan.
5. Berurusan hanya dengan ejen
berdaftar/broker berlesen atau secara terus dengan syarikat insurans atau
pengendali takaful.
6. Memantau tempoh perlindungan dan masa
untuk membayar premium atau caruman.
No comments:
Post a Comment