KENAPA ANDA PERLUKAN INSURANS & TAKAFUL?
Jika anda rasa RUGI ambil insurans, tapi anda LAGI RUGI kalau tak ada insurans. Sekiranya anda tidak
membuat sumbangan hari ini, satu hari nanti anda pasti menyumbang dalam jumlah
yang besar kepada hospital.
PEPATAH LAMA YANG SUDAH BERTUKAR – harimau mati meninggalkan belang tapi manusia mati meninggalkan HUTANG.
ATAU
Anda Sudah Mempunyai Perlindungan Dari Syarikat Anda Bekerja! Dan Hanya Mungkin Berminat Selepas
Bersara (Umur 60 tahun).
Tahukah Anda Insurans Kesihatan Hanya Boleh Diambil Ketika Sihat Sahaja.
Sudah Ada Diabetis @ Darah Tinggi Segalanya Mungkin
Sudah Terlewat.
Adakah Anda Boleh MEMBERI JAMINAN Anda Tiada Penyakit Apabila
Menjelang Umur 50-an. Sanggupkah Anda Menggunakan WANG EPF @ KWSP ANDA Untuk
Membayar Bil Hospital???
Sekiranya Saya Minta Dari Anda RM 50,000 Sudah Tentu Anda Tidak Akan
Beri, Tapi Kalau Doktor Anda Minta RM50,000 Adakah Anda
Akan Beri Sekiranya Ia Melibatkan Nyawa Anda?
Kebiasaanya
apabila anda mendengar mengenai insuran, anda akan membayangkan ianya
hanya berkaitan dengan pampasan dan wang bayaran premium bulanan yang anda
bayar setiap bulan akan hangus begitu sahaja. Di PruBSN Takaful,
manafaatnya lebih dari itu.
PERBEZAAN DI ANTARA TAKAFUL &
INSURANS
Sebenarnya perbezaan amalan perniagaan yang dijalankan oleh pengendali takaful dan syarikat insurans konvensional adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan. Urusniaga takaful hanya dibenarkan untuk melabur dana yang daripada peserta dalam pelaburan yang dibenarkan oleh Syariah.
Dalam perkara penjaminan, yang menjamin peserta-peserta takaful bukanlah syarikat takaful tetapi pesert-peserta itu sendiri. Segala bayaran tuntuan dikeluarkan daripada tabung yang telah terkumpul, sedangkan pengendali takaful hanya berfungsi sebagai pengusaha tabung wang peserta-peserta takaful.
Konsep ini berbeza dengan syarikat insurans konvensional di mana syarikat insurans itu sendiri yang menjamin peserta-peserta insurans. Sistem saling bantu-membantu yang menjadi teras kepada prinsip insurans, pada dasarnya tidak bercanggah dengan Syariah.
Apa yang
membezakannya ialah wujudnya unsur-unsur yang merosakkan kontrak. Ulama’ telah
sepakat menyatakan perlindungan kepada anggota masyarakat bagi menghadapi
kemungkina bencana, boleh disediakan selaras dengan kehendak Syariah melalui
takaful.
FALSAFAH TAKAFUL
Falsafah takaful menekankan kepada sifat keikhlasan dan di bawah konsep ini para peserta memberi sumbangan kewangan berdasarkan kepada kontrak tabarru’ di mana para peserta bersetuju agar sumbangan yang diberikan digunakan untuk membantu para peserta di dalam pelan/skim takaful yang berkenaan.
Sumbangan atau caruman takaful yang dibuat adalah dengan niat yang ikhlas dan hati yang redha untuk tujuan berbakti atau membantu insan lain yang lebih memerlukan.
Dalam erti kata lain, takaful bertujuan untuk mewujudkan perhubungan yang erat di antara peserta-peserta yang bersetuju menanggung bersama mereka kerugiaan yang disebabkan oleh risiko bersama seperti kematian, kemalangan dan sebagainya yang menimpa di kalangan mereka.
Dengan ini, semangat takaful menekankan kepada kepentingan antara peserta. Sifat mengutamakan diri sendiri tidak sepatutnya wujud di kalangan peserta takaful.
RISIKO, TAKAFUL DAN ISLAM
Islam amat menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan umatnya. Untuk membantu mana-mana ahli masyarakat yang mengalami kemalangan atau kerugian, satu kaedah berkongsi risiko yang berdasarkan konsep tabarru’ diperkenalkan melalui sistem takaful.
Sistem takaful adalah sebagai suatu jalan ikhtiar bukan bererti melawan takdir atau tidak percaya kepada qada’ dan qadar yang merupakan salah satu rukun iman – jauh sekali daripada mencabar ketentuan Allah swt. Sebaliknya perbuatan berserah semata-mata tanpa berikhtiar adalah bertentangan dengan tuntutan Islam.
Apabila kita membaca sirah Rasulullah s.a.w. kita juga dapati baginda membuat perancangan untuk setiap pekerjaan yang dilakukannya. Baginda akan mengambilkira semua kemungkinan dan menyediakan semua persiapan sebelum menjalankannya; dan ini bukan bermakna baginda tidak bertawakkal kepada Allah s.w.t.
Sebagai contoh Rasulullah s.a.w. bertanya kepada seorang Arab Badwi mengapa beliau meninggalkan untanya tanpa ditambat. Jawab Arab Badwi itu; "Aku bertawakkal kepada Allah“. Rasulullah s.a.w. kemudian bersabda; "Tambat unta kamu dulu, kemudian bertawakkal kepada Allah". Jawapan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh yang jelas tentang keyakinan sebenar terhadap Allah s.w.t.
Melalui peristiwa ini, baginda mengajar kita bahawa kita mesti melakukan apa yang terbaik dalam melakukan sesuatu dan menyerahkan segala yang di luar kemampuan kita kepada Allah s.w.t. Inilah pengertian sebenar Tawakkal kepada Allah s.w.t. Melalui kaedah Takaful yang merupakan salah satu jalan ikhtiar untuk mengelak daripada berlakunya kemudaratan ke atas diri kita dan keluarga. Amalan ini amat dituntut dalam Islam kerana Islam amat mengutamakan prinsip saling bekerjasama dan bantu-membantu dalam perkara-perkara kebajikan dan kebaikan.
Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesungguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang memberi keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia”. Hadith Riwayat Ibnu Majjah
Sabda Rasulullah s.a.w. “Orang-orang yang paling disukai Allah adalah mereka yang paling banyak manfaatnya (bagi orang lain), dan amalan yang paling baik dilakukan oleh seseorang ialah; memasukkan rasa kebahagiaan ke atas seorang Muslim, menyelamatkannya dari penderitaan, melunaskan hutangnya atau mengusir rasa kelaparan daripadanya. Sesungguhnya aku sangat suka berjalan dengan seorang Muslim demi menunaikan hajat (keperluannya) daripada aku duduk di dalam masjid berbulan lamanya.
Hadith Riwayat al-Tabrani
Surah al-Baqarah Ayat 180 (Wasiat)
“Diwajibkan ke atas kamu apabila seorang di antara kamu kedatangan tanda-tanda maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf (adil dan baik). Ini adalah kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”
Surah al-Baqarah Ayat 240 (Wasiat untuk isteri dan muta’ah)
“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat kepada isteri-isterinya iaitu diberi nafkah sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah sendiri, maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka membuat ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana “
KENAPA ANDA PERLUKAN POLISI INSURANS DAN TAKAFUL?
Berikut adalah penerangan dan contoh secara ringkas Mengapa Anda Perlu Ada Polisi Takaful/Insuran:
- MELINDUNGI PENDAPATAN KELUARGA ANDA.
- Anda memerlukan wang untuk belanja
harian dan keperluan, untuk memiliki barang impian, persekolahan anak dan
sebagainya. Oleh itu anda berusaha dan bekerja keras untuk mendapatkan wang
lebih. Wang simpanan tidak banyak kerana telah digunakan untuk perkahwinan,
beli perabot rumah dan tambahan pula wang baru digunakan untuk rawatan
ayah di Institut Jantung Negara. Walau pun isteri bekerja namun duit
gaji hanya mencukupi untuk belanja
harian sahaja. Lebih teruk lagi jika anda meninggalkan dunia ini dengan lebih
awal. Isteri anda akan menanggung segala pinjaman, perbelanjaan dan
menyara anak sendirian. Kerisauan ini mungkin terlerai jika anda mempunyai
perlindungan takaful berjumlah RM100,000 dan kad perubatan yang mempunyai had
sebanyak 1/2 juta dimana ia akan diwariskan kepada isteri dan anak jika
berlaku musibah seperti kematian mengejut atau hilang upaya kekal akibat
kemalangan dan sebab-sebab lain. Jumlah perlindungan takaful yang diperlukan
ialah sekurang-kurangnya berjumlah setahun gaji anda.
-
Sebagai contoh gaji bulanan RM3,000 x
12 = RM36,000.
- MENDISIPLINKAN DIRI UNTUK MENABUNG.
- Menabung adalah satu disiplin yang amat penting dan
memerlukan konsistensi. Dengan menggunakan cara pembayaran bulanan auto debit
ia dapat mendisiplinkan diri untuk menabung. Dengan investment-link Takaful ia
bukan sekadar melindungi malah menabung untuk anda. Ia amat berguna bila
anda sudah bersara kelak. Ia adalah wang
tambahan apabila anda bersara kelak.
- KOS RAWATAN DITANGGUNG OLEH PRUBSN TAKAFUL.
- Kos
pembedahan dan penyakit seperti kanser, sakit buah pinggang dan batu karang
sekurang-kurangnya memerlukan 20,000 dan untuk bypass artery mencecah RM90,000 untuk sekali rawatan bergantung
kepada tahap kritikal penyakit tersebut. Ini tidak termasuk rawatan susulan dan
lain-lain.
- Sudah
tentu anda tidak mampu untuk membayar kos rawatn tersebut. Ini akan
mengakibatkan penyakit semakin merebak dan menjadi lebih kritikal menyebabkan
anda menderita lebih lama. Sekalipun anda mampu untuk membayar kos rawatan
tersebut, ini akan mengurangkan simpanan persaraan anda.
- Dengan
kad perubatan, perbelanjaan dan kos rawatan dibayar oleh syarikat kami dan
tabungan anda tetap meningkat walaupun anda banyak membuat tuntutan untuk
rawatan hospital.
- PENDAPATAN TAHUNAN JIKA MENGALAMI PENYAKIT KRITIKAL.
- Apa akan berlaku sekiranya anda mengalami penyakit
kritikal atau hilang upaya akibat kemalangan. Majikan anda akan memberi notis
berhenti kerja dan anda hilang punca pendapatan. Akibatnya, wang simpanan
terpaksa digunakan sedikit demi sedikit dan lama-kelamaan akan habis.
- Dengan
PruBSN Takaful, anda akan memperolehi bayaran penyakit kritikal sekaligus,
elaun penyakit kritikal, kos rawatan dibayar oleh PruBSN, Premium Takaful tidak
perlu dibayar lagi dan tabungan akan tetap berterusan sehingga anda berumur 80
tahun.
- PREMIUM BULANAN PERCUMA
-
Jika pemegang polisi mengalami
penyakit kritikal atau hilang upaya kekal, premium akan dibayar oleh
PruBSN dan tidak perlu dibayar oleh pemegang polisi lagi. Begitu juga untuk
Takaful Cerdik (Pendidikan) jika pembayar bapa/ibu mengalami penyakit kritikal
atau hilang upaya kekal, PruBSN akan membayar premium bulanan dan pemegang
polisi tidak perlu membayar lagi. Segala manafaat terus kekal sehingga
kanak-kanak tersebut berumur 25 tahun. Simpanan juga akan berterusan sehingga
mencapai 25 tahun.
1.
1. 6. PENYAKIT
MEMBAWA MAUT SELURUH DUNIA YANG SERING
MENYERANG SECARA SENYAP. RAWATAN AWAL
DAN TEPAT DIPERLUKAN
7. KOS
PERUBATAN ADALAH AMAT TINGGI DAN AMAT
PERIT UNTUK
DITANGGUNG
8. TANPA
KAD PERUBATAN (MEDICAL CARD) DAN KESANNYA KEPADA ANDA
Good
News??? Bad News???
1. 9. SEMASA
KITA LAYAK, KITA TIDAK PERLUKAN INSURAN TETAPI BILA KITA PERLUKAN INSURAN, KITA
SUDAH TIDAK LAYAK”
Di sini timbul beberapa pertanyaan:
1. Apakah yang kita sediakan untuk anak-anak dan keluarga , ketika kita
“TIADA”?
2. Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan kita di Hospital Swasta
ditanggung SEHINGGA RM2.5 JUTA?
3. Adakah kita terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan
persaraan dan hari tua?
Sila hubungi atau sms kepada:
ABU BAKAR BIN MAMAT
013-5066360 @ 0192559961
SEDIAKAN PAYUNG
SEBELUM HUJAN
Umpama pepatah SEDIAKAN PAYUNG
SEBELUM HUJAN, itulah konsep insurans sebagai
persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu. Seandainya kita
sentiasa beringat dengan pepatah orang tua, MALANG TIDAK BERBAU, sudah pasti kita kita akan
menyertai insurans sebagai jaminan masa depan.
Ada sesetengah termasuk kawan saya sendiri yang memandang negatif
tentang insurans. Mereka hanya memandang saya sebagai seorang yang ingin
mengambil kesempatan atas pendapatan mereka.
Sebenarnya tugas seorang Perunding Takaful adalah untuk mendidik masyarakat
tentang kepentingan insurans tanpa ada sebarang paksaan. Apa yang kita niatkan,
itulah sebenarnya yang kita dapat. Niat untuk mengaut keuntungan hanya akan
memberikan kekayaan dengan pengisian yang kosong.
Apa yang disampaikan adalah berunsur kebaikan dan memberi manfaat kepada
manusia. Manfaat adalah untuk orang yang menyertai insurans bukannya Perunding.
Insurans bukan untuk mengkayakan Perunding atau peserta tetapi lebih daripada
itu. INSURANS BUKAN UNTUK MENJADI KAYA TETAPI
UNTUK MENGELAKKAN KITA MENJADI MISKIN.
Seperti yang saya tegaskan tadi, terdapat beberapa kepentingan insurans
kepada peserta. Tugas Perunding adalah untuk menyampaikan dan anda yang perlu
menentukan sendiri kepentingan anda.
1. PERSIAPAN jika ditimpa musibah. Kita
tidak tahu bila kemalangan akan menimpa diri.
2.
Ambil insurans ketika masih muda dan
sihat, boleh DAPAT PULANGAN TINGGI apabila
tempoh matang insurans.
3.
JADI SIMPANAN masa
depan untuk bekalan selepas pencen.
4.
KOS PENGAJIAN SEMAKIN TINGGI. Anak
perlukan insurans untuk meringankan beban kos pendidikan.
5. JADI PENINGGALAN untuk
anak dan waris sekiranya peserta meninggal dunia.
6. Insurans kesihatan perlu untuk MENAMPUNG KOS
PERUBATAN DAN RAWATAN sekiranya terpaksa dimasukkan ke
hospital.
(Sumber Rujukan: Harian Metro)
JIKA ADA SEBARANG PERTANYAAN, Sila hubungi atau sms kepada:
ABU BAKAR BIN MAMAT
013-5066360 @ 0192559961
Takaful Malaysia merupakan pengendali takaful pertama di Malaysia dan merupakan syarikat di dalam Kumpulan BIMB Holdings Berhad , yang juga merupakan Institusi Kewangan Islam terbesar di Malaysia.
ReplyDelete