CONTRIBUTOR
-
Rider Contributor dirangka
untuk membayar faedah tahunan
sekiranya Peserta disahkan menghidap
penyakit kritikal sebelum berumur 80 tahun. Bayaran faedah tahunan akan berhenti apabila Peserta meninggal dunia.
FAEDAH UTAMA:
-
Faedah dibayar kepada peserta apabila disahkan menghidap penyakit kritikal
HAD
-
Tuntutan
sekali sahaja di bawah faedah boleh dibuat tanpa mengira bilangan Penyakit Kritikal yang dihidapi,
kecuali AIDS yang telah berkembang dengan sepenuhnya
PETUNJUK KADAR CARUMAN
Caruman tahunan bagi setiap caruman RM100 untuk
lelaki tidak merokok
|
Contributor
|
Umur 35
tahun
|
RM8.71
|
Umur 45
tahun
|
RM14.78
|
TERMA DAN SYARAT PENTING BAGI PRODUK
TERSEBUT
- Operator Takaful berhak untuk meningkatkan Caruman dan Tabarru’ pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis untuk tempoh 90 hari kepada Peserta ke alamat terakhir yang diketahui. Penyemakan bagi Caruman dan Tabarru’ hanya akan berkuatkuasa pada tarikh ulang tahun sijil yang berikutnya. Sekiranya tarikh ulang tahun sijil yang berikutnya berada dalam masa 90 hari dari tarikh notis tersebut, penyemakan hanya akan berkuatkuasa pada tarikh ulang tahun sijil yang berikutnya.
- Anda perlu dedahkan di dalam borang cadangan (dan di dalam sebarang kenyataan peribadi yang dibuat kepada Operator Takaful atau kepada Pemeriksa Perubatan bagi Operator Takaful) sepenuhnya dan sejujurnya, semua fakta yang anda tahu dan patut tahu, jika tidak, sijil yang dikeluarkan di bawah ini mungkin menjadi tidak sah.
PENGECUALIAN
-
Faedah tidak akan dibayar
jika simptom untuk Penyakit Kritikal ditunjukkan sebelum atau:
a. Di dalam tempoh enam puluh (60) hari
untuk Serangan Jantung, Penyakit Jantung Arteri Koronari yang memerlukan
Pembedahan, Kanser dan Penyakit Jantung Arteri Koronari yang Serius; atau
b. Di dalam tempoh tiga puluh (30) hari untuk
Penyakit Kritikal yang lain yang tersenarai di dalam Glosari Syarat-syarat
bagi
i.
Tarikh sijil ini; atau
ii. Tarikh
Lampiran ini dikeluarkan; atau
iii.
Tarikh pengembalian
semula; atau
iv. Tarikh
pengendorsan; atau
v. Tarikh
permulaan Faedah
atau mana-mana yang
terkini.
c. Jika peserta disahkan menghidap Penyakit Kritikal yang
disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kewujudan Sindrom Kurang
Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau kehadiran sebarang jangkitan Virus Kurang Imun
Manusia. Pengecualian dikenakan apabila AIDS telah berkembang dengan sepenuhnya
atau disebabkan oleh pemindahan darah.
SPOUSE CONTRIBUTOR
Spouse Contributor bertujuan untuk membantu Peserta dengan
Caruman masa depan kepada pelan Takafulink sekiranya suami/isteri Peserta meninggal dunia, TPD sebelum berumur 60 tahun, atau disahkan menghidap penyakit kritikal. Bayaran faedah tahunan akan
berhenti apabila Peserta meninggal dunia atau mencapai usia 60 tahun.
Faedah Utama
Faedah
|
Faedah dibayar jika
suami/isteri Peserta disahkan menghidap penyakit kritikal; atau hilang upaya
kekal dan menyeluruh sebelum berumur 60 tahun; atau meninggal dunia
|
Had
|
Tuntutan sekali sahaja di bawah faedah boleh dibuat tanpa mengira
bilangan Penyakit Kritikal yang dihidapi, kecuali AIDS yang telah berkembang
sepenuhnya atau jika TPD berlaku dengan Penyakit Kritikal
|
Petunjuk Kadar Caruman
Caruman tahunan bagi setiap
caruman RM100 untuk Peserta yang mempunyai suami/isteri berumur 35 tahun.
Umur orang yang dilindungi
|
Spouse Contributor
|
Umur 35 tahun
|
RM21.67
|
Umur 45 tahun
|
RM14.78
|
Terma dan syarat penting
bagi produk tersebut
1.
Operator
Takaful berhak untuk meningkatkan Caruman dan Tabarru’ pada bila-bila masa
dengan memberikan notis bertulis untuk tempoh 90 hari kepada Peserta ke alamat
terakhir yang diketahui. Penyemakan bagi Caruman dan Tabarru’ hanya akan
berkuatkuasa pada tarikh ulang tahun sijil yang berikutnya. Sekiranya tarikh
ulang tahun sijil yang berikutnya berada dalam masa 90 hari dari tarikh notis
tersebut, penyemakan hanya akan berkuatkuasa pada tarikh ulang tahun sijil yang
berikutnya.
2.
Anda
perlu dedahkan di dalam borang cadangan (dan di dalam sebarang kenyataan
peribadi yang dibuat kepada Operator Takaful atau kepada Pemeriksa Perubatan
bagi Operator Takaful) sepenuhnya dan sejujurnya, semua fakta yang anda tahu
dan patut tahu, jika tidak, sijil yang dikeluarkan di bawah ini mungkin menjadi
tidak sah.
PENGECUALIAN
- Faedah tidak akan dibayar:
- Jika
simptom untuk Penyakit Kritikal ditunjukkan sebelum atau:
i. Di
dalam tempoh enam puluh (60) hari untuk Serangan Jantung, Penyakit Jantung
Arteri Koronari yang memerlukan Pembedahan, Kanser dan Penyakit Jantung Arteri
Koronari yang Serius; atau
ii.
Di
dalam tempoh tiga puluh (30) hari untuk Penyakit Kritikal yang lain yang
tersenarai di dalam Glosari Syarat-syarat bagi
a. Tarikh
sijil ini; atau
b. Tarikh
Lampiran ini dikeluarkan; atau
c.
Tarikh pengembalian
semula; atau
d.
Tarikh pengendorsan;
atau
e.
Tarikh permulaan Faedah
mana-mana yang terkini.
iii.
Jika peserta disahkan menghidap Penyakit
Kritikal yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung oleh kewujudan
Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) atau kehadiran sebarang jangkitan
Virus Kurang Imun Manusia. Pengecualian dikenakan apabila AIDS telah berkembang
sepenuhnya atau disebabkan oleh pemindahan darah.
Sila hubungi saya sekarang
untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma tetapi berguna dan bermanfaat untuk
anda dan keluarga.
ABU BAKAR BIN MAMAT
013-5066360
019-2559961
No comments:
Post a Comment