Monday, July 30, 2012

BERITA BUAT TEMAN-TEMAN.....


Assalamualaikum ;
Kepada teman-teman seperjuangan, rakan-rakan lama dan baru, bekas pelajar AT31 dan kepada bakal teman yang bakal dikenali….

Peristiwa 1:

Pada awal pagi tadi, saya didatangi SMS seorang bekas pelajar saya yang menyatakan dia telah mengambil satu insuran  untuk dirinya dan untuk puteri kesayangannya dengan bayaran premium yang rendah berbanding dengan bayaran premium yang saya cadangkan kepadanya…..

Saya bertanyakan kepadanya;
Insuran tersebut ada medical card atau tidak? Dia menyatakan ada …. Covering dia berapa? RM150,000 sahaja. Bayaran Premium dia berapa sebulan? RM100….. saya beritahu dia…. Bagus sangat sebab dia berjaya diperdayakan oleh ejen tersebut….

Cubalah  teman2 berfikir secara logiknya…. Mana yang lebih baik…. Bayar premium RM100 dengan covering RM150,000 berbanding bayar premium RM110 dengan covering sebanyak RM500,000?

Cuba bandingkan:
Benefit
RM100 (Insuran  E)
RM110 (Pru BSN)
Perlindungan asas
RM10,000
RM25,000
Medical card
RM150,000
RM500,000
Medical cover
Wad RM100/hari
Wad RM150/hari
Benefit hospital
RM50/hari
RM250/hari
Contributor
Tiada
ada

Jika setakat itu sahaja pun, agaknya apa yg   u all akan pilih? Saya tidak dapat bayangkan bagaimana pujukan  ejen tersebut hingga sanggup dia  meletakkan risiko dirinya dan anaknya sebegitu?

Kesian, tapi apa boleh buat? Menangis pun sudah tak berguna bila  akal yang diberikan tidak digunakan sebaiknya!!!

Akhirnya dia mengaku tersilap dan merelakan duit yang dibayar kepada ejen itu hangus begitu sahaja dan membuat keputusan utk menyerahkan kepada saya untuk menguruskan insuran dirinya dan anaknya……

Peristiwa 2:

Seorang guru baru di sekolah memberitahu yang rakan sejawatnya (guru lama) menjadi ejen kepada satu agensi insuran  yang hanya menjual polisi insurans nyawa sahaja dengan mengatakan kepada guru tersebut yang Medical Card tidak penting kepada kakitangan kerajaan….kerana boleh  harapkan GL sahaja.

Saya tanyakan kepada guru baru tersebut… polisi yang ditawarkan mempunyai tempoh matang berapa lama?
20, 25 atau 30 tahun? Selepas umur tersebut (guru tersebut tiada perlindungan lagi)… kalau la guru tersebut hendak mengambil insuran lagi….agak2 mudah atau susah? Murah atau mahal premiumnya?

Agak2 la pada masa itu (selepas pencen), boleh dapat GL lagi ker? Atau nak guna kad pencen kerajaan jer?  So pk2 la… jgn tergoda dgn janji2 manis ejen yg merayu2….

Perahu dah di depan mata, dayung sudah di tangan,,,, buat la keputusan sendiri… saya cakap kat dia…

Blh agak tak apa yang dia cakap?

Friday, July 27, 2012

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN


TALIAN KHIDMAT PELANGGAN


Jika anda mempunyai sebarang masalah berkenaan dengan polisi anda, anda boleh berurusan sendiri di pejabat beralamat:

Prudential BSN Takaful Berhad
Tingkat 8A, Menara Prudential,
10 Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur


atau menghubungi 'Customer Service' secara:
  • Telefon: 03-2053 7188 (Customer Service)
  • Emel: customer@prubsn.com.my







Atau anda juga boleh menghubungi saya di talian 0135066360  untuk bantuan permasalahan berkenaan insuran/takaful anda.

PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN


PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN

Peserta Takafulink juga boleh layak mendapat perlepasan cukai pendapatan untuk premium yang di bayar setiap tahun. Iaitu RM6,000 untuk Insuran persendirian dan RM3,000 untuk insuran pendidikan setiap tahun.



Setiap peserta akan di berikan penyata Takafulink setiap tahun untuk mendapat perlepasan cukai pendapatan ini.

MANFAAT SIMPANAN


MANFAAT SIMPANAN

Selain peserta PruBSN memperolehi pelan utama perlindungan, mereka juga dapat menikmati PULANGAN SIMPANAN hasil daripada pelaburan mereka di Dana Syari'ah kami untuk kegunaan pada masa akan datang,  contohnya  mengerjakan haji, simpanan pencen peribadi atau kegunaan pendidikan anak-anak ke universiti.

Simpanan di pelan PruBSN Takaful merupakan simpanan pelaburan untuk keuntungan jangka panjang.  Walau bagaimanapun konsep simpanan pelaburan dalam takaful/insuran TIDAKLAH SAMA seperti simpanan pelaburan di bank / ASB / tabung haji.

Maksudnya begini, bila anda menyimpan dalam takaful,  CONTOHNYA; RM100 sebulan, anda tidak boleh mengharapkan semula kesemua caruman RM1200++ dalam setahun.  Ini kerana terdapat caj-caj pengurusan takaful, perlindungan yang dikenakan pada pihak peserta. Dan kebiasaannya, nilai pulangan/serahan antara tahun PERTAMA hingga tahun ke-3 agak rendah. Tetapi tidaklah mustahil, dalam masa jangka yang panjang, hasil simpanan di Takaful juga boleh memberikan pulangan yang baik seperti institusi pelaburan lain.

Berikut di bawah adalah pulangan bagi tahun lalu selepas di lancarkan:

Keunikan simpanan PruBSN
Simpanan akan diteruskan oleh pihak PruBSN sehingga berumur 80 tahun walaupun peserta lumpuh atau sakit kritikal, apabila disertakan dengan manfaat Contributor.

(Manfaat berkaitan: Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor)
Jika berlaku musibah kematian kepada peserta, pewaris akan menerima kesemua nilai simpanan tersebut bersama dengan manfaat pampasan kematian.

TIADA TEMPOH MATANG

Pengeluaran simpanan boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan syarat apabila simpanan PruBSN melebihi nilai RM4,000. Cara-cara pengeluaran wang simpanan ialah dengan mengisi borang pengeluaran wang yang boleh di dapati di mana-mana cawangan Prudential atau PruBSN dan peserta akan menerima cek antara 3 hari - 2 minggu.

Dengan adanya kemudahan skim simpanan ini, peserta juga boleh menangguhkan caruman premium sementara, tetapi masih dapat menikmati perlindungan yang berpanjangan sehinggalah nilai simpanan itu susut dengan sendirinya.


**NOTA:
Sebarang tuntutan manfaat atau penggunaan Medical Card PruBSN, tidak akan menjejaskan nilai simpanan PruBSN peserta, kerana masing-masing mempunyai akaun yang berbeza.