Thursday, July 26, 2012

MEDICAL CARD PruBSN TAKAFUL



MEDICAL CARD PruBSN TAKAFUL




PruBSN adalah pengeluar Kad Perubatan (Medical Card) pertama berlandaskan Syariah & Pengendali No.1 Takaful (untuk polisi jadual berkala - tahun 2007 & 2008 berturut-turut) dalam Industri Takaful dengan Pelan Perlindungan Takafulink.

 
KEBENARAN TENTANG PENGHOSPITALAN

Perlindungan kesihatan adalah satu komponen utama bagi menjamin sebuah struktur kewangan yang kukuh. Masa kini, kos rawatan hospital semakin meningkat demi tahun ke tahun (di anggarkan 15% kenaikan belanja perubatan setiap tahun) –dan boleh menjadi terlalu mahal bagi sesetengah orang. Ramai yang beranggapan bahawa majikan mereka telah menyediakan perlindungan kos perubatan yang secukupnya untuk mereka.

Namun mereka tidak menyedari kesan buruk akibat tidak membuat persediaan awal bagi menghadapi ketidaktentuan sehingga mereka dimasukkan ke hospital. Kos perbelanjaan perubatan lazimnya akan berterusan walaupun seseorang itu telah keluar dari hospital. Seseorang itu boleh dibebani dengan kos-kos rawatan akibat daripada rawatan lanjutan, dialisis buah pingggang, rawatan kemoterapi atau penjagaan oleh jururawat di rumah.





Di Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), sejajar memahami keperluan-kehendak rakyat Malaysia, kami menawarkan pelan Major Medical Cover (MMC) dalam 'Medical Card' kami sebagai salah satu manfaat tambahan bertujuan untuk membiayai kos perubatan anda sehingga berumur 70 tahun.


Ini memudahkan anda untuk kemasukan ke mana-mana hospital panel PruBSN dengan hanya mengemukakan  'Medical Card'  PruBSN dan kami akan menjaga kos-kos perubatan anda sehinggalah selesai menjalani rawatan. Anda hanya perlu tumpukan kepada proses pemulihan. Berbeza dengan insuran terdahulu, dengan adanya Medical Card, anda tidak perlu melalui proses 'Pay Bill & Claim Later'.


APAKAH MMC?

MMC adalah satu manfaat tambahan perubatan yang menyeluruh yang disertakan bersama pelan Takafulink PruBSN. Antara ciri-ciri kelebihan pada 'Medical Card' PruBSN kami ialah:
  • Had Kos Rawatan yang Tinggi RM500,000(min) hingga RM2.5M(max) - perlindungan paling tinggi antara syarikat Takaful.
  • Online payment cashless facility (mengikut terma & syarat)
  • Kemudahan Hospital Pakar Swasta & Khidmat Doktor Pakar
  • Penginapan di hospital
  • Jadual Pembedahan tanpa Sekatan
  • Meliputi Rawatan Kanser dan Dialisis buah-pinggang
  • Manfaat 'Out-Patient Treatment' - sebelum & selepas kemasukan hospital
  • Perlindungan 24 jam di seluruh Negara dan Bantuan Kecemasan Perubatan Antarabangsa
  • Manfaat Penjagaan Jururawat di Rumah
  • Jaminan perlindungan sehingga 70 tahun

PENTING : KUAT-KUASA PERLINDUNGAN,

(A) Kemalangan:
Perlindungan bermula serta-merta selepas permohonan polisi lulus.

(B) Penyakit:-
·                      30 hari selepas polisi lulus - bayaran balik bil secara 're-imbursement'
·                      90 hari selepas polisi lulus - 'Medical Card' mula aktif dan pembayaran bil    
            'cashless'
·                     120 hari selepas polisi lulus, perlindungan penyakit -penyakit tertentu berikut 
           akan bermula :-
1.       Hipertensi atau penyakit kardiovaskular (kecuali serangan jantung)
2.      Diabetis mellitus (kencing manis)
3.      Semua ketumbuhan, sista,polip atau barah
4.      Batu karang di dalam istm kencing dan hempedu
5.      Pembedahan sinus, septum hidng atau tonsil
6.      Hernia, buasir atau fistula
7.      Endometriosis atau disfungsi pendarahan uterin


MANFAAT PERLINDUNGAN DI LUAR NEGARA
Manfaat perlindungan di luar negara hanya untuk 90 hari pertama bermastautin bagi setiap perjalanan. Jika peserta menerima rawatan perubatan di luar negara, manfaat yang dibayar adalah berdasarkan kos rawatan yang berpatutan seperti caj yang dikenakan di Malaysia.

Perlindungan bil perubatan meliputi semua jenis penyakit dan kemalangan kecuali yang berikut di bawah:
i.                    Kecederaan diri yang disengajakan.
ii.       Peperangan, penglibatan secara langsung dalam rusuhan, mogok atau kekacauan awam.
iii.               Kehamilan, melahirkan anak, keguguran atau pengguguran janin.
iv.    Rawatan pergigian melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit yang melibatkan pembedahan oral.
v.    Sebarang pembedahan elektif, pembedahan kosmetik atau plastik (melainkan diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan atau penyakit).
vi.            Kemasukan ke hospital yang tujuan utamanya ialah untuk penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan Xray, pemeriksaan fizikal am atau pemeriksaan kesihatan rutin; rawatan khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan; pemulihan, penjagaan atau rehat pulih.
vii.          AIDS, kewujudan sebarang jangkitan HIV atau penyakit yang disebarkan melalui hubungan seks.
viii.           Perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan rawatan perubatan.
ix.      Penyakit otak,  penyakit jiwa,  penyalahgunaan/ketagihan arak atau bahan.
x.                  Ketidaksuburan, pencegahan hamil, pemandulan, kecacatan kelahiran, kecacatan kongenital, berkhatan.
xi.                Sukan professional, sebarang jenis perlumbaan, selam skuba, aktiviti sukan udara dan sebarang aktiviti atau sukan berbahaya lain.
xii.             Sebarang pelanggaran atau percubaan untuk melanggar undang-undang atau menentang daripada ditahan.
xiii.           Penyakit-penyakit  berikut bagi 120 hari pertama perlindungan. Sila rujuk senarai penyakit spesifik seperti di bawah.

§  Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular

§  Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.

§  Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

§  Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele

§  Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan

§  Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut. 

NOTA PENTING:
Pengendali takaful tidak akan membayar mana-mana manfaat yang berpunca daripada keadaan sediawujud (pre-existing condition) sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya perkara tersebut tidak didedahkan oleh peserta di dalam borang cadangan awal.semasa membuat permohonan takaful.


 MEDICAL CARD Pru BSN TAKAFUL
  • Medical Card PruBSN Takaful atau Takaful Health 2 adalah satu manfaat tambahan dalam polisi Takafulink khas untuk perlindungan bil perubatan.
Antara kelebihan Takaful Health 2 adalah seperti berikut :
    1. Had tahunan dan had keseluruhan sehingga 80 tahun yang tinggi.
    2. Kebebasan memilih hospital dan doktor untuk merawat anda
    3. Perlindungan 24 jam diseluruh dunia
    4. Perkhidmatan bayaran secara online di lebih  60 buah hospital panel seluruh Malaysia. Anda tidak  perlu membayar bil rawatan terlebih dahulu. Sebaliknya kos rawatan akan dibayar terus ke hospital melalui kemudahan perkhidmatan Hospital Alliance Services (HAS).
    5. Rawatan sebelum masuk hospital dan selepas keluar hospital
    6. Penjagaan jururawat di rumah
    7. Pembedahan balik hari (Day Surgery)
    8. Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kecederaan akibat kemalangan
    9. Rawatan Dialisis buah pinggang
    10. Rawatan Kanser
    11. Jaminan pembaharuan sehingga umur 80 tahun
    12. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)
    13. Faedah NCB : No Claim Bonus kepada sesiapa yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun itu. Bonus akan dikreditkan dalam akaun pelaburan pemegang polisi pada tahun berikutnya.
    14. Anda boleh buat pilihan untuk mengenepikan had tahunan...terus claim ikut had seumur hidup, jika memilih annual limit waiver. Jadi, kalau ada claim yang besar2....tidak perlu risau mengenai lebihan bil disebabkan had tahunan yang terhad.
 Sila lihat jadual di bawah untuk senarai manfaat Takaful Health 2(TH)

  • Penerangan mengenai NCB :
    • NCB atau No Claim Bonus adalah merupakan salah satu keistimewaan plan Medical Card Takaful Health 2.
    • NCB akan diberikan kepada client-client yang tidak membuat tuntutan/claim daripada manfaat medical card (Takaful Health) pada tahun semasa.
Sebagai Contoh :
Client mengambil plan TH 200. Pada tahun 2009, beliau tidak pernah membuat tuntutan langsung daripada manfaat medical card. Jadi, NCB sebanyak RM 200 (lihat jadual di atas) akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2010. Pada tahun 2010 pun client masih tak buat sebarang tuntutan, dan client akan mendapat RM 200 NCB (dikreditkan dalam akaun pelaburan client) pada tahun 2011.
    • Akan tetapi, sekiranya client ada membuat tuntutan pada tahun 2011, client tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya iaitu pada 2012. Kemudian, pada tahun 2012, client tidak membuat sebarang tuntutan, RM 200 akan dikreditkan ke dalam akaun pelaburan client pada tahun 2013. dan begitulah seterusnya.

    • Manfaat Takaful Health (TH) ini tertakluk kepada syarat dan terma ko-takaful iaitu :
      • Ko-Takaful sebanyak 10% (minimum RM 300 dan maksimum RM 1,000) untuk Manfaat Hospital dan Pembedahan (In Hospitalisation; Surgical), KECUALI untuk Manfaat Bilik dan Penginapan Hospital Harian tiada ko-takaful di kenakan.
      • Maknanya, PruBSN akan membayar 100% kos bilik mengikut pelan yang diambil.

    • Ringkasan ko-takaful untuk in-hospitalisation (300 ≥ ko-takaful :10% ≤1000)
      • Contoh 1 :
Jumlah Bil RM 2,000 , Ko-Takaful 10% = RM 200. Oleh kerana minimum Ko-Takaful  = RM 300, klien perlu bayar RM 300 kepada hospital,  manakala PruBSN akan bayar selebih RM1,700.
      • Contoh 2 :
Jumlah Bil RM 5,000 , Ko-Takaful  10%= RM 500. Klien perlu bayar ko-takaful RM500 kepada hospital, kerana nilainya antara 300 hingga 1000.  PruBSN akan membayar baki bil iaitu  RM 4,500.
      • Contoh 3 :
Jumlah Bil RM 30,000,  ko-Takaful 10% = RM3,000. Klien hanya perlu membayar RM1,000 disebabkan had maksimum adalah RM1,000. PruBSN akan membayar baki bil iaitu RM 29,000.
      • Oleh sebab itu, anda dinasihatkan untuk mengambil pelan yang komprehensif iaitu dengan memasukkan Manfaat Elaun Hospital (Hospital Benefit) dan Manfaat Elaun ICU & Bedah (Medical Cover). Manfaat ini akan membantu anda untuk menampung kos ko-takaful di atas.
    •  Bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Klien hanya perlu bayar 10% daripada bil yang dikenakan sahaja. Tidak tertakluk kepada had minimum dan had maksimum. Bagi manfaat ini, klien perlu membuat pembayaran terlebih dahulu dan claim ke PruBSN. Pastikan anda memperolehi RESIT ASAL semasa anda membuat pembayaran. Ini kerana, tanpa resit asal, claim tidak akan diluluskan.

Plan yang amat unik dan istimewa. Medical Card Takaful pertama yang menawarkan NCB di Malaysia.

Dapatkan maklumat mengenainya sekarang.
Hubungi  saya : 019-2559961 @ 013-5066360 (Abu Bakar Mamat) untuk mendapat maklumat lanjut.

No comments:

Post a Comment